Tuesday, June 9, 2009

PETUA BERSAMA ANAK



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Jom kita baca tips mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam mendidik anak dengan lebih berkesan.. Rasanya boleh diaplikasikan dalam situasi lain juga.

A. Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi

• Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.

• Pamerkan kasih sayang dengan jelas.

• Puji anak secara khusus.
• Berikan pujian & penghargaan sekerap yang mungkin.
• Hormati kawan-kawan anak.

• Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.

• Kongsi hobi dengan anak.

• Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.

• Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
B. Petua Merangsang Keistimewaan Anak

• Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.

• Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.

• Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.

• Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.

• Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.

• Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu bapa.

• Hormati barang kepunyaan dan biliknya.

• Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya sendiri.

C. Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak

• Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi Galakkan beri pandangan. Dengar ceritanya. Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.

• Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah.

o Jadual harian di rumah.

o Tanggungjawab mengenai bilik tidur.

o Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.
• Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.

• Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.

• Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.

• Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

• Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara positif.

• Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak. Contoh : Masa kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut bapa.

No comments:

Post a Comment