Monday, August 24, 2009

FUYOO MAGIC



Mati2 ingatkan ayam ni dari zaman P.Ramlee sebab berhitam putih, rupanya gambar di atas ni diambil dari surat khabar dan discan. Patut le warna begitu. Ini adalah kenangan silam untuk ayam2 di terengganu. ayam ni dengar2nya suka menjeling markah di kertas pengadil sambil menyelam...hmmm ada juga ye perangai begitu.
Ayam hebat ini berteraskan warna jalak dan kerap juga memenangi acara yang disertai. Skarang ni kalau ada ayam berwarna jalak, berkening putih serta mungkin berdada putih, berkemungkinan jiwa ayam ni terlekat di darah2 ayam yang ada skarang ni.
*SP tgk keratan akhbar tentang ayam ni kat Marang

INDUK APA NI


Jika SP offer kat anda induk macamni, anda nak tak? Tapi mungkin SP tak lepas sebab pernah satu ketika SP offer kat orang tapi orang tak berkenan. Dijadikan cerita juga maka SP berjalan2 ke reban orang lain maka ternampak sekor induk yang mcm gambar kat atas. Ditanya berapa harganya maka diberitahu dengan rileksnya induk yang serupa dengan induk SP ni bernilai ribuan ringgit. Ini kerana induk berkenaan menjadi induk kandang tuan terdahulu. Maklum la anak keluar semua menjadi(kena dengan darah dia kot).

Maka apa lagi SP dengan gembiranya dan bersyukur sebab kat rumah SP ada sekor induk mcmtu. Ada juga sms nakal minta utk dilepaskan tetapi target SP nak masukkan dengan Bunga Cengkih ataupun Acappan. SP pernah masukkan induk ni dengan Labu tapi anaknya taklah bergaya, cuma aksesori menarik dan ayam kecil. Mungkin tak kena darah kot. So SP akan cuba pulak dengan pembaka yang ada di rumah SP sekali lagi untuk lihat apa akan jadi kepada anak2nya selepas ni.
*Ingatkan kaca rupanya permata..mcmana WK anak2 dia nak masuk dgn tok bedak ke???

Friday, August 21, 2009

BUNGA CENGKIH II


Keberatan untuk SP untuk masukkan entry kerana tidak mempunyai bahan serta kekurangan idea. Tapi untuk anda yang tidak henti2 berkunjung ke blog SP, entry ini boleh juga mengisi masa lapang anda yang di tahap keboringan.

Bunga Cengkih yang dulunya SP tunjukkan gambarnya semasa anak telahpun menampakkan ciri2 yang boleh dibanggakan walaupun gayanya tidak tetap tetapi apabila SP letak serkup Bunga Cengkih(BC) akan bergaya lonjak dada seperti di dalam youtube yang bertajuk memori serama amir ditambah pula boleh menampakkan ciri2 gegarannya. Apabila BC terkejut SP juga dapat melihat pergerakan apabila melangkah tak ubah seperti robot.
Tapi janganlah anda tertunggu2 pulak kat bon sebab SP cadang nak buat baka je untuk upgrade balung serta warna untuk anak2nya. Kena tunggu lagi lah jawabnya. Nasib baik pinggang BC ramping.
Seekor lagi pasangan BC(betina remaja) rasanya boleh dilepaskan kepada sesiapa yang berhajat. Dari segi tubuhnya SP tgk bukanlah untuk bertanding tetapi sesuai dibuat induk je. Bukan sebab tak suka tapi mcm biasalah kalau nak pinang anak orang mestila kena kumpul duit.
Yang pasti keturunan acappan akan membiak dan berkembang selepas ini. Dan mungkin juga akan bermastautin di reban2 anda kelak.
*Acappan dok tunggu lawi panjang untuk join main kategori A. Gayanya pun ada mirip bakawali dan dah tak terjun meja. Mari kita bermain serta membaka.......

Sunday, August 16, 2009

SUDAH GANTI PUASA KE BELUM.....


SP rasa mcm cepat saja tahun ni berjalan..pejam celik pejam celik dah pun bulan lapan..maknanya musim untuk Si Labu meluruh le.nasib baik la masuk bulan puasa so semua aktiviti takda.

Tapi yang kat atas tu SP nak bgtau bukanlah milik SP tetapi telah tertukar gerannya. Jika tuan barunya pandai cermat menjaga anak ni bolehlah kita tgk kat tempat tanding nanti. SP pun belum lagi tgk secara live anak ni ketika ini kerana tak sempat berjalan ke Merbuk. ayam ini namanya Tok Bedak kepunyaan Wan Kay(Kalut). Setiap pertandingan SP tgk Wan Kay mesti ada tetapi dia pi tgk2 saja. Bila ditanya kenapa tak bwk masuk ayam untuk tanding dengan selambanya dia jawab modal takda. Maklumlah student mestilah akan menghabiskan duit kat prepaid untuk SMS atau bubuh minyak kereta awek yang datang menjemputnya untuk bersiar2 di Pekan Sungai Petani ataupun Tupah. Kan ke Uitm Merbuk dekat dengan tempat2 begitu. So dengan perasaan kasihan, ehsan serta keberatan juga SP mengofferkan seekor anak yang dikira dapat menyertai pertandingan.

Time WK ambil anak tu adalah hari Manchester united menang bergaya ke atas pasukan Malaysia 2-0. Setelah menunjukkan student card kat SP untuk mendapatkan harga istimewa atau lebih jelas lagi student price, maka Tok Bedak pergi meninggalkan SP.

Cuma SP nak pesan kepada WK agar bersabar apabila nak breeding. Buat apa yang ada dulu, kalau ada rezeki tak kemana. Tapi kalau dah banyak terjual nanti apa salahnya hadiahkan sebuah Toyota Caldina GT4 yang SP kempunan dulu.

Kita sambung cerita puasa semula, ada yang dah mula breeding time2 begini untuk keluarkan produk masing2. Ada yang lebih fokuskan kepada aksesori dulu, ada juga fokuskan kepada gaya dulu. Pilihan masing2. Ini disebabkan bukan kita adun ayam untuk menjadi perfect dalam satu masa saja. Ia mesti memakan masa bertahun juga. Mungkin percubaan pertama ayam yang keluar membuatkan ada yang nak termuntah melihatnya. Tapi janganlah kita frust kerana kita masih boleh perbaiki ciri2 yang org tak berkenan kepada yang lebih menarik.

SP tak nafikan ada yang breed menjadi tanpa memikirkan susur galur ayam. Tetapi apabila kita cuba dengan susur galurnya samaada jauh ataupun dekat, Kita lebih berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Ada yang dah try 3tahun dapat 1 ekor je yang paling cantik, ada yang buat setiap kali keluar yang gaya tapi ada kekurangan dari segi aksesori...jadi anda yang bijak2 ni pilihlah yang mana anda nak samaada nak teruskan dengan apa yang org2 yang dah lama beri kepada kita atau dengan cara kita sendiri????

*Agak2 berjaya tak SP turunkan berat badan time bulan puasa ni

Wednesday, August 5, 2009

SLAMAT BERKONVO

Dikesempatan ini SP nak ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menghabiskan pengajian masing2 dan pada 12/08/2009 hingga 16/08/2009 akan berlangsungnya majlis konvokesyen USM yang ke-40.

Mcm biasa la kerja SP kena ukur tinggi para graduan untuk mengambil jubah.


Kalau awal2 pagi mesti kena serbu la mcm Karem Benzema datang malaysia untuk mendapatkan tandatangan. tapi SP dah biasa dengan keadaan mcmtu..so cool je la.
Pelbagai aktiviti disediakan kepada para pengunjung akan disediakan apabila anda berkunjung ke sini. So kalau nak bwk anak2 selain berkunjung ke shopping complex silalah datang ke USM. tapi pesta yang diadakan taklah mcm di genting highland atau di pesta pulau pinang ye...

Tp kalau next time kawasan penang dah meriah dgn ayam serama, apa kata diadakan satu pertandingan semasa konvokesyen diadakan. ataupun ada penganjur boleh dpt byk sponsor so boleh buat road tour competition untuk seluruh Malaysia. alah macam konsert jom heboh. Maksudnya penganjur yang tidak hanya membuat pertandingan di tempatnya sahaja. Mungkin nampak rumit tetapi jika nak memartabatkankan ayam serama cadangan2 seperti ini perlulah diteliti.

*Pasni kawan kita SU dgn WK plak la konvo kat Shah Alam...pehtu dgrnya nak sambung plak 1st degree kat sana...agak2 ayam bwk pi dok sana tak????

KECEWA JUGAK....

sementara SP dok mengelamun tentang program jelajah kelantan sabtu ni, tiba2 SP dpt sms yang kurang enak. bukan SP nak makan text tu tapi ia berbunyi program yang SP rancang kena batal..

Kecewa tidak terhingga SP dibuatnya kerana SP nak amik gambar2 untuk dijadikan kenangan apabila berada di Bachok.arghh...

itulah yang dinamakan hobi, ada yang bersungguh-sungguh, ada juga yang lebih gemar bersahaja kerana perkataan hobi ni lebih kepada mengisi masa lapang kita........

SP siap minta cuti pampasan lagi untuk sama2 menyertai pertandingan ini walaupun hanya membawa seekor ayam. Cukuplah sekadar dapat berjumpa kawan2 di sana kerana sudah lama tidak ketemu mereka. Dah yang lebih penting juga ada yang mengharapkan agak menjadi orang yang bertuah untuk merebut wang yang berjumlah ribuan ringgit walaupun sudah diketahui ayam tidak dapat nombor pada pertandingan yang dijalankan. dari pemerhatian SP ayam SP memang tidak layak dapat nombor pada hari tersebut kerana beberapa bahagian tidak memenuhi kriteria. cuma SP boleh andaikan SP akan hanya mendapat nombor sangkar.

Dikesempatan ini SP nak ucap selamat pengantin baru kepada adik Saudara Rahman kerana akan mengadakan kenduri di Alor Gajah, Melaka. Mungkin disamping itu Saudara Rahman boleh juga adakan ruang kecil di tepi rumahnya untuk pertandingan ayam serama so boleh la player yang datang game sambil mkn kenduri...hahahaha gurau je bro...(mesti anak2 saudara rahman akan bersilat pulut nanti sebab SP penah teman saudara Rahman menghantar anaknya ke kelas Silat.

*Dunia makin tenat tapi serama jangan tenat.