Thursday, April 30, 2009

SLAMAT HARI PEKERJA

Sebelum SP bercuti panjang mehla tgk video ni.time ni ayam yg berdada putih ni dahpun SP ajar naik induk.kalau dapat anak kira rezeki SP la.rasanya korang tak minat kot ayam mcmni sebab kaki tak kuning,warna kotor ye..tapi SP simpan juga ayam mcmni manatau boleh dapat tuah..hehehe

*selamat bercuti dan menyambut hari pekerja

Tuesday, April 28, 2009

PEMINAT SERAMA SABAH BERADA DI PULAU PINANG???








Semalam SP telah dikunjungi seorang rakan dari Sabah untuk melihat ayam serama.Namanya ialah Cikgu Din yang berasal dari Lahat Datu tetapi skarang menetap di Kota Kinabalu.Rupa2nya orang lama ni.Cikgu Din yang mengikuti kursus di penang sempat juga meluangkan masa di reban SP pada waktu malam.


Lalu duduklah kami berbual sehingga pukul 1.30 pagi.banyak cerita dan pengalamannya apabila menjadi peminat di sana.tambah2 betapa susahnya apabila unggas nak kesana.

*Cikgu Din juga berpesan kepada SP bermain serama ni kena percaya konsep rezeki.SP terfikir panjang sebelum menonton Liga Juara2 Eropah bahwa mendapat ayam cantik adalah satu rezeki dan jika penjual menerima hanya sedikit sahaja hasil menjual ayam,itu juga adalah rezeki.Inilah dinamakan konsep persahabatan.

LAGEND OF YOUTUBE

Ini adalah seekor budak gemok yang disayangi juga oleh SP.asalnya SP tergila2kan gayanya semasa remaja yang boleh membuatkan sesiapa tidak boleh tidur lena. Pernah beberapa kali menjadi BOTB semasa berada di tangan Poknik.Khabarnya berketurunan yang baik2(jika anda pernah mendengar ayam yang bernama ANJARIA).dihasilkan dari reban pembaka yang tersohor di kelantan iaitu SAHASDI YUSOFF.SP tak tahu dimanakah sekarang ayam ini berada setelah dijual kepada kawan di kelantan.mungkin kawan tu nak upgrade supaya anak2nya memiliki balung halus serta pinggang yang ramping.





Ini adalah adik kepada the legend of Youtube tetapi ia lebih kepada aksesori seperti balung halus,bulu kemas,warna bersih dan kaki kuning.ayam ni pernah menetap di penang dan pernah memenangi tempat pertama kategori anak A&B.


*Terima Kasih kepada Sifu Sahasdi Yusoff yang sangat baik hati memberi tunjuk ajar dan memberi peluang untuk memiliki hasil seni tuan.dengarnya walaupun Sifu Sahasdi sibuk dengan projek mega burung walet tetapi dalam diam2 produce ayam kecil lagi bergaya yang berdarah anjaria(macam dalam youtube tajuk memori serama amir).

Monday, April 27, 2009

SUSUNAN YANG MEMENINGKAN

Sesekali bila tengok kat reban rasa pening plak dengan apa yang ada.Kalau anda ada idea mcmana nak susun semula bloodline yang ada kat rumah SP jgn segan silu beritahu ya...Bila byk sangat induk begini la jadinya.


Betullah kata kawan2 sepatutnya direkod data2 utk track record ayam2 kita supaya tidak bercelaru.SP pun dah rasa pening2 lalat kalau tak buat gitu.maklum la nak buat strategi lagi supaya meletup seperti kawan2 yang lain.

HARI-HARI YANG SIBUK


Sejak akhir2 ni SP agak sibuk dan terpaksa meninggalkan aktiviti di seramapenang.bukanlah sibuk berjalan mencari ayam tetapi sibuk dgn kerja.maklumla asik hujan kat kawasan sini so paham2 jela.
Bagi yang secara tidak sengaja membaca entry2 SP atau yang suka berkunjung di blog ni terima kasih SP ucapkan.





Untuk tidak menghampakan anda SP menyiarkan beberapa koleksi gambar yang ada pada simpanan SP untuk tontonan anda.manatau kenai ke tuan empunya dan berminat boleh direct terus tanya kat tuannya ok.






SP juga ingin memaklumkan bahawa SP tidak dapat menyertai aktiviti pertandingan seperti 1 & 2 MEI 09 kerana perlu ke Kubang kerian atas urusan kerja.Kepada kawan2 yang ada di sana tunggu SP belanja belut goreng masak cabai kering atau sup belut di tumpat ya walaupun skarang SP tengah amalkan diet seperti makan taukua 2ketul beserta air soya di waktu lunch dan dinner tapi sekali pi tumpat apa salahnya makan di tempat kegemaran SP tapi tak makan nasi la.




*Inilah gambar terbaru SP.Sebab tu la nak diet

Monday, April 20, 2009

HUJAN RAHMAT

Kebelakangan ni tempat SP asik ujan je..bukan setakat ujan biasa tapi ujan kilat.kalau sesiapa yang train ayam guna rotan boleh je gantikan dengan bunyi2 guruh...tapi jangan tersambar sudeyyy...
bila hujan2 ni tak pasti samaada telur dapat menetas dgn baik atau tidak...apa susah kan ada spare inkubator.
SP juga baru perasan yang pertandingan2 slalu diadakan pada hujung bulan dan akan ada pertembungan diantara beberapa pertandingan.
So sesiapa yang
bercadang untuk berjalan jauh di kawasan utara berhati-hati dijalan raya..ingatlah bahawa nyawa lebih penting dari hobi.

Sunday, April 19, 2009

ALAHAI SI KECIL

Hari minggu yang sudah sempatlah SP ushar2 ibu yang dok mengeram dalam reban...terfikir untuk membuat entry anak serama..untuk peminat baru kalau dapat anak yang power dari breeder harapnya dapatlah berkomunikasi selalu dgn org yang lebih arif soal anak.



Ini kerana apabila kita termasuk juga la SP yang tak berapa cerdik apabila ada anak yang lehernya tarik memang syok habis.kebiasaan kita lupa bahawa pepatah mengatakan barang yang baik dan elok kalau dapat kat orang yang tak berapa arif nak jaga akan rosaklah ia.manakala barang yang tidak cantik apabila berada di tangan yang pakar akan bertukar menjadi berharga(mcm emas).



Biasala anak ayam yang dah tarik awal peratusannya untuk rosak adalah maksimum.rosak dalam ertikata lain seperti chasis lari,bahu ke atas atau ekor belok.kat rumah SP ada sekor anak dah nak ekor belok.Ini kerana SP tak ajar tidur atas galang.SP tak kata SEMUA anak yang tarik bermasalah cuma kebanyakan je.kalau takda masalah okla.tapi perlu juga hati2.


SP kalau beli anak ayam biasalah skang kan ekonomi dah tak berapa cantik,so SP ak
an gamble la mana2 anak kecil yang 50-50 tidak tahu boleh masuk bon atau tidak tetapi telah diketahui darah keluarganya mengeluarkan peratusan anak2 yang berpotensi.jika anak yang SP beli tidak menjadi tidak mengapa,SP tidak salahkan penjual @ breeder itu tetapi SP akan cuba untuk mengadunkan semula ayam tersebut dengan induk yang boleh mengatasi masalah ayam yang SP beli dari anak tadi.Kena la sabar sikit insyaallah rezeki akan berpihak kepada orang2 yang sabar(cewah).



*skarang nak beli anak power cukup payah disebabkan permintaan yang tersangatlah tinggi so terpaksa la kita kena belajar buat ayam sendiri.bagi SP nak hasilkan ayam lebih puas dari bertanding ditambah pula terkeluar plak mcm yang kita inginkan

Friday, April 17, 2009

PENANG MAI!!!!

Inilah satu-satunya teman SP yang slalu menemani SP apabila menyertai mana2 pertandingan samaada di Kedah,Terengganu,Kelantan,Melaka dan juga Kuala Lumpur.walaupun taklah sehebat senjata teman2 yang lain tetapi ayam ini yang bernama Si Labu membawa tuah kepada SP kerana 26tahun hidup Si Labu memberi sedikit ruang untuk SP enterframe dalam Utusan Malaysia dan The Star.

Nama Si labu sebenarnya di ambil dari gelaran tuan asalnya.Aksi bersahaja seperti gambar di atas dan suka berkepak setiap masa membuatkan SP tidak perlu membuka kipas angin kat rumah sebab ada orang tolong kipaskan.skarang Si labu hanya akan turun ke pertandingan untuk suka2 sahaja sebabnya SP dah byk lepaskan Si Labu dgn induk untuk menghasilkan pelapis.

Anak-anak yang telah ada dirumah terpaksa SP jualkan kepada kawan yang hari2 minta untuk membeli kerana SP i
ngin menanam hobi membela ayam serama kepada kawan2.SP jual pun tak mahal boleh la setakat nak beli dedak.Harap-harap umur Si Labu panjang dan dapat menghasilkan pelapis yang berkualiti.beratnya skang masih lagi kategori A.*tengah cuba2 nak masukkan dgn induk dari darah saiz lebih kecil dgn Si Labu seperti dari pemberian sifu Terengganu




Monday, April 13, 2009

PILIHLAH AKU







gambar diatas adalah gambar ayam yang bertubuh slim.sekali SP tgk mcm toktenuk pun ada.kebanjiran pelbagai jenis bentuk tubuh membuatkan kita mempunyai pilihan.nak kata bermusim SP kurang pasti sebab kalau berdada skalipun ia akan keluar dgn pattern yg belum pernah diproduce.





















*tengah tunggu otai Kuala Muda Penang hasilkan produk terbarunya yang kecik dan jahat di atas meja



ADA BERANI BUAT PERTANDINGAN SENDIRI???





Kalini SP nak bg tepukan paling kuat kepada para penganjur tak kira la dimana jua anda berada kerana tanpa anda perjalanan ayam serama tidak akan kemana2.walaupun jika ada pertandingan akan berlakunya sedikit ketidakpuasan hati para pemain.tetapi perlu diingat para penganjur mengambil risiko yang tinggi untuk mengadakan pertandingan.salah satu langkah mempopularkan serta memartabatkan kembali ayam serama so kita sebagai pemain kalau asik nak menang je,siapa nak jadi pengalah?ini disebabkan hari makin hari akan muncul ayam2 terbaik.ayam kita pun ada harinya jika dia taknak buat atas meja.



tak salah jika kita merungut pun tentang hadiah,pengadil dan perjalanan pertandingan yang ada kalanya kelam kabut,tetapi sudah semestinya mereka-mereka ini akan mengambil iktibar jika kesilapan datang dari mereka.sudah tentu mereka tidak mahu berada di takuk yg lama.


















kalau nak dikira untung yang penganjur dapat rasanya berniaga char kuey teow lebih menguntungkan daripada menganjurkan pertandingan.tambah2 pertandingan kecil je.jika penganjur mempunyai byk sponsor barulah masalah2 minor dapat diatasi.

zaman SP remaja rajin gak SP menyertai kelab2 serta pertandingan seperti pertandingan skuter tercantik.hadiah2nya juga boleh tahan lumayan.penyertaan juga ramai.itulah SP kata Sponsor kena power.


diharap juga jika pemikiran ini diterap kepada para pemain,para penganjur tidaklah mengambil kesempatan diatas sikap keterbukaan para pemain sebab SP pun pemain juga.

















*pasni SP nak buka entry untuk pengadil dan player yg demand...PANASSSSSS

NAGA OH NAGA


Teringat lagi pada tahun lepas kenalan SP yang tinggal di Sunway Tunas tiba2 terbuka mata apabila melihat seekor serama seakan2 seekor naga(gambar di atas) di Youtube.beliau tidak lain dan tidak bukan adalah CK Phoon.pada mulanya ayam serama tidaklah menarik perhatiaannya kerana beliau mempunyai hobi lain iaitu Burung Merbuk.


Gaya yang memukau dipamerkan oleh ayam di atas membuatkan CK begitu teruja.beliau juga menyatakan bahawa ayam tersebut mempunyai ong jika diletakkan di dalam rumah.SP pun tgk memang sangat cantik ayam tu.ayam tersebut sekarang menjadi lagenda kepada peminat2 serama kerana semasa di pertandingan dahulunya ayam tersebut sering memenangi tempat teratas.tersangatlah mahsyur sehingga pada satu ketika SP pun menjadi teruja untuk pergi berkunjung ke pertandingan2 yang diadakan di kelantan semata2 untuk melihat ayam tersebut beraksi.diharap kita tidak akan melupakan ayam ini kerana kehebatan semasa zamannya dan diharap ada pengganti di masa2 akan datang. dengarnya ayam tersebut masih lagi berada di Keramat,Kuala Lumpur di tangan tuan baru(baru pun tak baru la jugak)harapan SP agar ayam ini sihat hendaknya.



gambar sebelah ni pun naga jugak kata tuannya.tubuh yang kecil dan kuat mengepak membuatkan tuannya lebih sayang kepada naga ini berbanding basikal anaknya di sebelah.......












AYAM PERTAMA



korang tgk ni,ayam pertama yg SP miliki masa mula2 nak kenai apa itu ayam serama.masa tu memang minat habis ayam epal.so terjumpa la sekor yang ditunjuk oleh kawan dari alor gajah iaitu saudara rahman melalui email.ingat lagi bulan tarikhnya 15 ogos 2007.maka datanglah ia dgn menaiki bus menyeberangi jambatan pulau pinang yang panjang tu.nyawanya tidaklah panjang kerana menemui ajal.semoga rohnya dicucuri rahmat.

KANDAR BUKAN KAMDAR


SP nak tanya korang layan nasi kandar?hampir kesemua penduduk pulau pinang kalau tak makan nasi kandar taktau la SP nak kata apa kerana boleh dikatakan seluruh pulau ini mesti ada saja kedai2 mamak yang menghidangkan nasi istimewa ini.
pagi2 lagi boleh dilihat akan mereka yang beratur membeli nasi.taktau la ketagih ke apa. dari cerita arwah atuk SP nasi ini dinamakan nasi kandar bukanlah kerana ada kaitan dengan nama ISKANDAR tetapi zaman dulu mamak2 yang berniaga akan mengkandarkan nasi2 tersebut.dalam erti kata lain galas atau usung atau pikul.
Kepada penduduk luar pulau pinang satu lagi SP mau tanya kalau korang mai penang,korang suka makan di mana?restoran nasi kandar yang besar atau di lorong2/gerai2 kecik di tepi jalan?
Bagi rakyat pulau pinang pula mereka lebih selesa makan di gerai2 kecik.Mengapa suka makan digerai kecik,anda kena try dahulu kerana SP tidak mahu menjadi berat sebelah. sedikit gambar dipetik dari beberapa blog yang boleh anda saksikan.
















*SP kalau tak makan nasi kandar memang takleh hidup

BOLEH SAYA TUMPANG??


Tersebutlah kisah pabila ada je pertandingan serama mahupun mencari ayam yang power di lubuk maka berduyun-duyunlah ayam akan makan angin bersama kenderaan tuannya.kereta tersebut pulak yang bestnya melebihi penumpang.maka terpaksala ayam-ayam ni berkongsi tali pinggang keselamatan.


SP bukan nak cite pasal ayam naik keta tapi kemuafakatan diantara pemain kerana pergi bersama2.ini juga dapat mengeratkan silaturahim.mcm SP ni org kata last2 minute jer.kalau keta penuh maka tak dapat la nak mengikut.maklum le SP belum berkemampuan nak ada kereta.cukuplah bermotosikal walaupun ribut melanda.ada juga persatuan dari pantai timur yang sangat sporting apabila memberi kemudahan kepada ahli2 apabila menyediakan bus utk sama2 meramaikan majlis.sikap ini patut dipuji.

*kepada yang baru membawa balik ayam2 power dari lubuk diharap dapat memberi kepuasan apabila anda memiliki ayam tersebut.majulah ayam serama untuk negara.thehehehe

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM


Hari pertama Serama Penang(SP) membuka blog ini nampaknya bukan semudah yang disangka kerana tidaklah banyak ayam2 serama yang ada di Pulau Pinang. Kehangatan ayam serama di Malaysia membuatkan kami membuak-buak untuk memeriahkan serta memupuk minat masyarakat terhadap kesenian ayam serama.

Siapakah kami ini?rakan-rakan yang slalu pergi bertanding rasanya telah mengenali kami.Panggil jela kami SP(SERAMA PENANG).






SP bukanlah nak jual ayam tapi lebih kepada mendedahkan ayam serama kepada masyarakat.
SP akan membantu anda juga untuk mengenali penggiat2 serama di seluruh Malaysia,so jangan pening2 kalau tak jumpa ayam serama kat penang.kehkehkeh

Sunday, April 12, 2009

Selamat Datang Ke Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia.Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat.
Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285km persegi yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Ianya dihubungkan oleh Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5km dan juga perkhidmatan feri.


Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini. Jalan tunggal yang dibawa ke pedalaman Pulau Pinang jalan-jalan Pinang. Kawasan di sebelah selatan Lebuhraya Malabar dikhaskan untuk perkampungan Melayu. Di sini satu tapak luas dikhaskan bagi sebuah masjid berhampiran dengan persimpangan ialah Pitt dan Lebuhraya Malabar.Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampong-kampong yang kotor. Manakala pendatang- pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih.Sehingga tahun 1807 bandar Georgetown dilingkungi oleb sebatang parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada sekarang lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Pada ketika ltu Lebuhraya Beach sebenarnya terletak di bahagian pantai. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Ouay Question".