Monday, November 19, 2012

BERIANI,BERYANI ATAU BIRYANI????

Salam kalini SP nak bual pasal beriani
SP tak tahu kenapa nama dieja berlainan tetapi apa yang pasti kalau kita makan nasi beriani ni pasti sedaplah
Pada bulan Sept 2012 SP telah ke Johor untuk mempelajari tentang masakan beriani.
Dari pukul 10.30am hinggalah pukul 8.30pm barulah SP sampai di Johor.
SP dengan bersemangat mempelajari cara-cara memasak beriani dengan skala yang besar(sangat sesuai untuk catering, majlis kenduri dan membuka kedai)

Bercakap mengenai buka kedai SP teringin juga nak buka kedai beriani di dalam Pulau Pinang ni. Memandangkan SP tengok di kawasan Sungai Petani, Kedah sangatlah ramai orang berkunjung untuk menikmati makanan tradisi dari Johor ni.Penduduk di sana menerima dengan baik masakan beriani.

Jika SP nak buka sebuah perniagaan mungkin kena cari "funder" atau mungkin perlu bekerja dulu dengan tauke lain untuk mencari pengalaman. Setidak-tidaknya tidaklah sia-sia saja usaha SP pergi merantau mencari ilmu dan tidak dimanfaatkan.

Tidaklah pula SP tinggalkan pekerjaan sekarang kerana perniagaan nasi beriani ini mungkin SP boleh masak selepas waktu kerja. Ini kerana pada perancangan SP, SP nak fokus pada masakan dan dihantar ke kedai manakala selok belok kedai akan diserahkan kepada tauke/funder untuk merancang perjalanan dan operasi perniagaannya.

Di bawah ada SP uploadkan serba sedikit gambar yang dicedok di google bagi menggambarkan keenakan nasi beriani.
Ini gambar SP masak dengan skala yang kecil

satu pinggan nasi yang berlaukkan kambing, daging lembu dan ayam

Ini pula nasi beriani gam

Ni gambar yang SP snap selepas makan di Sungai Petani

Ini nasi beriani gam

Ini kedai orang(hehehehe)

Kedai yang cantik 

Nasi beriani tak sama rasa dengan nasi-nasi yang lain(jangan minta garam lebih ye nanti jadi nasi kenduri)

SP suka bahagian ni(kambing)

gambar amik di google aje

lagi gambar di google



*kalau tak tercapai impian SP nak buka kedai nasi beriani di kawasan Pulau Pinang, terpaksalah SP tunggu masa pencen pula......

Sunday, November 11, 2012

CANTIKNYA SERAMA DI PULAU PINANG

Mcmana gambar di atas tu...segak tak???Inilah ayam yang berada dirumah saudara Mi Kebab, SP ambil gambar minggu lepas. Sangat bergaya di meja hingga memukau hati SP. Cutting yang menarik dan mempunyai kaki yang panjang. Mungkin boleh jadi calon untuk ayam terbaik untuk game akan datang. Kalau ada penganjur yang nak ayam yang ori tanpa ada sebarang jahitan mungkin ayam ini boleh diketengahkan.

Kehebatan ayam ini sangat2 mengagumkan kerana apabila riuh disekeliling maka lagi jahatlah perangainya. Lebih sedap jika ayam ini masuk mewakili kategorinya di dalam best of the best kerana selalu SP lihat semasa BOTB dijalankan, waktu itulah suasana akan riuh rendah.

Tahniah kepada tuannya kerana dikurniakan ayam secantik ini dan SP mendoakan agar akan ada lagi ayam-ayam begini direban yang sama bagi mewakili Pulau Pinang di pertandingan2 yang akan diadakan di masa akan datang.




Tuesday, September 11, 2012

SEPANTAS KILAT

Tak sampai beberapa hari barang yang ingin dijual telah dibeli oleh pembeli....terima kasih kerana menyegerakan tindakan anda. Tengahari bank in duit, malam terus angkat. Baru lapang bilik tersebut. Next time ada barang lagi bolehlah SP war-warkan ya.....

*jualan kotak ayam ditutup

Sunday, September 9, 2012

MALE KITTEN FOR SALE(SOLD)



Comel tak kucing kat atas???
off topik sat pasal serama
kawan saya ada nak juai kucing untuk mereka yang meminati kucing
2ekor kucing di atas adalah jantan berumur 3bulan
boleh datang tengok terus di sungai ara
phone number 0194013499-kak zura
harga cuma rm550 seekor
jika berminat boleh direct dengan dia ye

BARANG UNTUK DIJUAL(TELAH TERJUAL MACAM PISANG GORENG PANAS-PANAS)

Salam
lama sungguh tak bercerita tentang serama
taklah sibuk sangat tapi takda berita nak diceritakan

Tujuan entry ni dibuat kerana SP nak jual reban baru ni
bukan sebab apa
mula-mula memang nak letak dalam bilik khas ni untuk anak2 serama
tapi memandangkan dah ada penghuni baru(kucing)
maka terpaksalah SP jualkan reban tersebut
panjang reban ini adalah
5.3 kaki darab 1.5 kaki
satu bilik luasnya 1kaki x 1.5kaki
mempunyai 2lapisan(dibuat asing-asing)
jika tuan-tuan nak beli satu lapis pun boleh harga rm160
kalau dua lapis macam dalam gambar tu rm300 saja.
tapi kena ambil sendiri(tiada penghantaran)
berminat boleh call SP ditalian 0125852009(call sahaja)

*ayam masih ada tapi bela gitu-gitu aje

Sunday, July 29, 2012

PEMBAKA UTAMA


Salam semua...
Macamana dgn gambar di atas?ok tak???
Gambar di atas adalah anak kucing yang berumur 2bulan
Jika tiada halangan SP akan jadikan ia sebagai pembaka utama untuk projek PERSIAN SP....
SP cadang nakletakkan di tempat yang istimewa(bukan di rumah SP)
Walaupun dah ada kucing tapi nama blog masih sama...tidak akan ditukar kepada PERSIAN PENANG...
masih SERAMA PENANG....

*keluar 4ekor,4ekor boleh juai.....

Tuesday, July 24, 2012

MIOW MIOW

video

*NAK GEMPAQ AYAM BAGI  BERGAYA

Monday, July 16, 2012

TUNGGU BESAR SIKIT


*Harap lebih ganas lagi

Tuesday, July 3, 2012

ANAK LAIN PULA




*macamana menarik tak????

Monday, June 25, 2012

INKUBUTOR RM100


Inkubutor ni sesiapa yang berminat boleh hubungi SP ya
RM100 jer....lama tak pakai sebab ada di rumah mak SP
baruni dia nak pindah dia mai hantar kat rumah SP.
Jadi sesiapa yang minat boleh ambil.
Khidmat penghantaran tidak disediakan ya.
SP beli inkubutor ni kat kedai dedak area Kepala Batas.

Sunday, June 17, 2012

PRODUK TERBARU


Sambil-sambil makan durian kena tgk juga barang dirumah walaupun tak keluar pergi tanding. Ini adalah barang terbaru dari SP. Mungkin selepas ini anak2 yang begini SP nak lepaskan dengan harga berpatutan dari RM300-RM500 saja. Agak-agak ada orang nak beli tak????Tapi sabarlah dulu kerana ini baru lapis pertama. Nanti ada lebihan di rumah SP akan promote ya. Nak simpan lama2 kat rumah pun bukan SP rajin pergi tanding pun. Ayam pun cuma bagi makan waktu petang. Harap2 dapatlah keluarkan lagi ayam sebegini .
Ini kerana semasa tahun lepas SP ada juga jual anak2 kepada peminat ayam serama. Apabila SP pergi bertandang untuk melihat semula produk SP berikan, SP jadi terpegun pula kerana rakan-rakan yang pernah membeli anak-anak dari SP dan diproses semula telah mendapat anak-anak yang begitu cantik.

*Ada lagi anak yang mcmni dalam simpanan SP tapi tak tunjuk gambar 

Thursday, June 14, 2012

MUSIM DURIAN




Alhamdulillah baru pi jalan-jalan kat Balik Pulau....bolehla dapat Ang Hei 1kg=RM12. Harga kawan-kawan...kat tempat lain rasanya boleh sampai 1kg=RM20

*Di kawasan Balik Pulau kata kawan saya cuma 35% saja menjadi pada tahun ini.

Sunday, April 29, 2012

MESTI MAKAN





Kalau SP lalu di depan kedai ni mesti kena singgah..masakan yang panas2 dan berbau harum serta menyelerakan akan SP kunjungi pada  pukul 9am-11.30am dan kalau terlewat sikit pasti dah penuh orang dan kalau tak bernasib baik terpaksa pula tunggu gulai ikannya yang power tu. Kalau tak percaya sila kunjungi. Dibuka setiap hari(jumaat tutup) pada pukul 9am-4pm(lauk habis tutup awal). Lokasi di area Bayan Lepas. Kalau tak jumpa tanya orang-orang kat situ pun boleh.

*nama kedai ni CARGAS CAFE

Wednesday, April 25, 2012

PENGINAPAN DI PULAU PINANG (B HOTEL)

Salam, SP nak war-warkan kepada rakan-rakan yang datang ke penang jika mencari penginapan, anda boleh menginap budget hotel kenalan SP iaitu Encik Arif di B Hotel. Lokasinya senang saja berhadapan dengan Terminal Bas Sungai Nibong atau Tapak Pesta Sungai Nibong..

Kalau nampak warna oren yang tulah. Jangan risau kat situ banyak kemudahan seperti tempat makan, pengangkutan dan macam-macam lagilah. Bilik pun selesa.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 

04- 659 0809 (waktu pejabat)

014 3006214 (selepas waktu pejabat)
TRAVELLER REST HUB
572, Jalan Sultan Azlan Shah,
11900, Sungai Nibong,
Pulau Pinang.