Friday, December 3, 2010

ANDA SEDANG DIPERHATIKAN...







*skarang SP sedang dalam projek mengCANDID gerak geri. Jadi mungkin anda2 adalah subjek utama SP..



Monday, November 29, 2010

SEPETANG BERSAMA AIMAN (SERAMA UTARA)














*Hampir setahun SP tidak menjejakkan kaki di area tanding serama dan tidak bela serama namun ada juga insan yang berhati mulia datang melawat SP. Ini baru betul2 namanya sahabat. Kepada Aiman jgn putus asa untuk menghadapi rintangan dalam arena serama kerana SP tahu anda akan berada di puncak sedikit masa lagi. Jagalah kesihatan anda ya sahabatku. nanti boleh main kamera sama2 pula.

Thursday, November 4, 2010

jalan-jalan


*sedang berada di kuala lumpur

Sunday, September 26, 2010

HOBI BARU

















Ini adalah sebahagian dari hobi baru SP iaitu mengambil gambar. Boleh dikategorikan sebagai paparazi la juga.ehehehe. ada gaya tak???SP suka explore benda2 baru yang SP belum pernah buat dalam hidup.Biasa la hidup cuma sekali, di akhirat kekal abadi.

*Wan Kay & aiman esok nak kawin aku amik gambar free ja kat hangpa.....

Wednesday, September 22, 2010

SIAPAKAH GERANGAN SAYA???


Anda kenal ayam ini???kini SP baru menerima kembali kedatangannya setelah lama berpisah. bukan apa SP nak simpan darah panglima yang ada padanya dengan ayam2 SP. tak dpt byk,sikit pun jadilah. SP terpikat dgnnya kerana bulunya yg kemas,ekor yang cun dan cara berjalannya semasa remaja seperti yang anda lihat di dalam youtube, sungguhhhhhhh menawan.jarang2 kita lihat ayam yang akan berjalan begitu rupa. slalunya kita akan jumpa ketar2, berkepak2, angkat kaki...dah byk sangat lah senang citer..so SP pun dengan malu2 kucingnya nak bagitau brader kat atas ni akan jadi pembaka utama SP dan akan dimasukkan dgn induk kandang dirumah SP untuk ditransformkan...
Anda bayangkan anak2 youtube keluar warna mcmni..perghhh..
*Husin 2000+limbat=sukses
Baka cikgu nipah+syawal=sukses
Youtube+tok uban+tok uban+tok uban=kita tunggu yeee

Tuesday, September 21, 2010

TURUN KL SABTU NI



*aiman,nak turunkan ekor atau buat bpk terus tok uban balung kecik ni???haritu bukan main selam sangat.pening2,apa2pun kita jumpa kat kl dgn agenda kita ya aiman...............

Wednesday, September 8, 2010

Thursday, September 2, 2010

MAKANAN SEHARIAN

Jom baca artikel yang bermanfaat terutama dikala berbuka puasa...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN
Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL CARA MAKAN JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...)
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.. (Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti) Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita. Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam... Sama-samalah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam

"dipetik dari sumber www.tranungkite.net"

Tuesday, August 10, 2010

HELLO BEBEH



Anak ni skarang berada di permatang pauh menunggu saat untuk bertanding. Tapi jika diamati betul2 jika anak ni angkat mungkin tengkuknya akan berada di belakang. Tapi kita tunggu jelah perkembangan anak ni dengan tuan barunya. Kalau jadi kira rezeki. Telah dijual dengan harga RM100.00 sepasang.

Monday, August 9, 2010

KELEBIHAN TEH PUDINA DAN BUAH ZAITUN







Salam Menjelang Ramadhan,
SP takdak bahan untuk kongsi berita tentang ayam serama tetapi entry kalini SP nak kongsi bersama anda bila memakan buah zaitun dan menghirup secawan teh 'O' pudina.
SP time keja ada lepak dengan kawan sekerja depan masjid, kebetulan ada seorang ustaz minum bersama dan dia ada suggest kepada kami untuk meminum teh O pudina bersamanya.
Sambil berbual dia pun menceritakan kelebihan teh O pudina dan terselit juga cerita2 tentang buah zaitun. Maklumlah buah zaitun ni ada tertulis juga di dalam kitab suci Al-Quran.
Sempena bulan puasa ni SP plak nak cadangkan kepada anda, amalkanlah buah zaitun dan teh o pudina ni sebab jika anda search google anda boleh membaca pelbagai artikel menarik yang kita sendiri kurang tahu tentang kelebihan yang diberikan olehNya.
*SP tadak ayam lagi nak usung kesana kemari



Sunday, July 25, 2010

GLORY HUNTER(NAGA)

Inilah gaya terbaru naga berapi yang byk mengeluarkan anak2 yang cun. Kini berada di rumah teman di Pulau Pinang telah lama tidak beraksi di bon. Harap2 dapatlah tuannya membawa semula Naga yang pada masa dulu terkenal dengan kehebatan selamannya di atas meja apabila bertanding di kawasan utara