Thursday, September 17, 2009

SLAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini SP mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang mengenali SP dan pengunjung2 blog ini tak kira dimana anda berada. Ada masa datanglah beraya kat teratak kecil SP nun jauh di Telok Kumbar, Pulau Pinang.

Tuesday, September 15, 2009

CANDID












Minggu ni SP byk sikit gambar2 lama yg SP jumpa untuk kita abadikan sebagai kenangan.

Monday, September 14, 2009

3 BENTUK TUBUH YANG BERLAINAN





OK harini SP nak tunjuk perbezaan bentuk tubuh ayam sebelum bergaya dan ayam yang telah bergaya.
Musim hujan pulak kat sini jadi SP ambil cuti setengah hari untuk cari sebiji inkubator. Orang lain shopping baju raya, SP pi shopping barang ayam pulak.
Takpala tahun ni raya ala kadar sudah le. Manatau tahun depan SP raya satu tahun.
*Sedih pula apabila bulan ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kita

Sunday, September 13, 2009

MONDAY BLUES!!!!!!

Slalunya menjelang hari Isnin SP susah nak tidur lena. Mungkin disebabkan terleka menonton tv hingga lewat pagi. Dah tentu waktu tidur akan terjejas. Jika anda perasan, slalunya kita akan rasa tidak sedap badan walaupun tidak mengantuk pada siang hari. Slalunya jika badan jadi mcmni susah untuk kita berkelakuan normal. Kadang2 nak jadi warna hijau pun ada. Nak tidur plak waktu pejabat. Kalau cuti boleh la tidur tapi akan mengganggu plak waktu tidur malam yang seterusnya.

Jadi plak di bulan puasa mcmni lagila kena byk bersabar. Ditambah plak dengan provokasi yang dilakukan oleh kawan2 yang suka bergurau senda tak mengira waktu. Jadi untuk yang faham, SP ucapkan berbanyak terima kasih.
Gambar kat atas ni bolehlah SP katakan diantara ayam kegemaran SP. Mengapa tu taktau lah sebab kita kan mempunyai citarasa masing2. Kang terang detail sangat orang kata memandai2.huhuhuhuhu.
So Slamat menjamu slera je lah ye dgn gambar di atas(bukan menjamu makanan).
*Bila fikir2 balik SP jadi pening bila orang sebut tok uban. Mungkin sebab sifatnya bercelak putih kot sudah boleh dipanggil tok uban.Apa2pun harini hari paling SP takda mood

Monday, September 7, 2009

3 EKOR LAGI ANAK BARU TETAS


Betullah seperti apa yang dikata, breeding ayam lebih best dari bertanding. Tambah2 pula anak yang kita breed bergaya. Ini dibuktikan apabila SP dapat melihat sendiri kewujudan Bunga Cengkih dan Tok Bedak yang bolehlah juga SP banggakan kerana SP dikategorikan newbie.

Bunga Cengkih dan Tok Bedak kini berada di Kelantan untuk betulkan ekor. Semasa hari pertama tiba di Kelantan, jangkaan SP tepat sekali kerana orang di sana ingin membayar Bunga Cengkih.

Kini muncul lagi 3 ekor anak yang baru menetas di reban SP. Bolehlah SP lepaskan kepada kawan2 yang berniat. Memandangkan SP dah tahu mcmana produk SP keluarkan.

Pada awalnya SP agak ragu2 nak beri kat orang sebab tak menjadi. Tapi skarang boleh aje nak lepas yang mana2 sebabnya dari apa yang SP tengok kira lebih kurang la dengan orang lain hasilkan.

Tetapi jika lebih terperinci SP lihat darah Acappan yang mengalir ke tubuh anak2nya, SP anggapnya ia dari kategori ayam A. Dulunya SP mendapat tips jika anak ayam berkokok awal, ayam itu tidaklah menjadi besar(betul ke tak,tidaklah diketahui)
*Harap2 anak2 SP jadi ayam macam kat atas ni