Wednesday, June 24, 2009

'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh




Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.
Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.
Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

No comments:

Post a Comment