Thursday, May 28, 2009

KEHANGATAN SERAMA DI KEDAH


Satu usaha yang agak memberangsangkan di kawasan utara sekarang ni dah banyak ayam2 yang baik dan boleh diketengahkan. mungkin selepas ini Kedah akan menjadi industri untuk ayam serama pula. Lihat saja bagaimana excitednya peminat2 disana apabila menghabiskan ribuan duit untuk menghasilkan reban sahaja.
Ini adalah diantara gambar2 ayam yang sering mendominasi pertandingan. bukan nak kata selalu number 1 tetapi selalu la tidak menghampakan.
Harap2 juga pihak disebelah pulau pinang akan ada semangat juang yang begini. semangat juang serta tidak putus asa.







Tuesday, May 26, 2009

ADIK KOPI DANGDUT/JANTAN KEMBALI????

Ini adalah gambar pemberian seorang sahabat melalui email. Beliau yang tidak suka dikenali kerana akan mengganggu perjalanan untuk beliau menghasilkan produk2 yang telah beliau susun. Adakah benar SP katakan ini adalah adik kepada BOTB Central Market 09. jelas sekali apabila melihat bapa kepada ayam ini tidak sama sekali dari segi tubuh/warna. kita akan saksikan dipertandingan bagaimana pula aksinya.

Pabila SP tanya model terbarunya, nyata sekali beliau lebih berminat untuk hasilkan produk yang bercorakkan merpati kartun. bukan warna tetapi bentuk tubuh yang dinyatakan oleh beliau.






*Agak2nya sudikah tuannya memberikan adiknya yang lain kepada SP???atau mungkin adiknya memang dah ada sekor kat rumah SP????

Wednesday, May 20, 2009

SRI SERAI SOLD OUT!!

Seperti SP katakan sebelum ini, SP nak Clearkan barang yang ada,ini adalah salah satu harta kepunyaan SP. Mulanya SP nak masukkan kembali dgn bapanya tetapi apakan daya memang SP tak boleh bawanya bersama ke tempat baru. Bapanya adalah Si Labu seperti gambar di entry tempoh hari yg SP masukkan.Ibunya pula dari keturunan Anjaria(seperti video didalam youtube yang bertajuk memori serama amir). induk ni dah nak bertelur dan balungnya juga halus. Sangat sesuai untuk dibuat baka.aksesori yang lengkap,bulu juga kemas.Insyaallah SP akan upload video aksi bapanya(Si Labu) tak lama lagi.

*kepada yang betul2 minat boleh berbincang. Harga kawan2 je. kalau ada yang lebih di rumah mungkin SP boleh pakejkan sekali macam buy one free one ke.tapi tak janji sebab kena tgk stok di rumah dulu ada ke tak

SESI LATIHAN


Bila ada masa memang ni la aktiviti SP, menemani ayam kesayangan utk beraksi di atas meja. ini adalah salah satu cara kita duduk di rumah dan release tension. Boleh kot buat bapak mcmni berteraskan perangai yang suka kepak?

*SP suka pada balungnya

Friday, May 15, 2009

TERENGGANU DARUL IMAN

Rasa macam nak berjalan2 saja ke Ganu tapi mungkin dalam mimpi je kot. Skarang kalau nak berjalan ke Terengganu rasanya dah takda masalah sebab bapak SP skang menetap di Kuantan. Beliau ditugaskan disana selama 2 tahun sehingga pencen. So dengan hepi SP bolehla membawanya berkunjung ke Terengganu melihat sendiri apa itu ayam serama. Beliau rajin juga turun ke Marang kerana bertandang ke rumah Che Mat Marang. Ini kerana dulunya beliau peminat ayam sabung dan sekarang terarah kepada hobi ikan laga. Kalau nak ke Kuantan bolehla singgah di beberapa tempat area Terengganu. Slalunya kalau nak berjalan di terengganu jangan harap la dapat balik hari.kalau balik hari SP tak sanggup, buat sakit badan je. Kerana kalau SP turun terengganu ramai kawan2 yang SP kena jumpa. Dari Besut,Setiu,Kuala Terengganu, Marang mahupun Dungun kalau terlepas kawasan tersebut rasa rugi kerana bila jumpa kawan2 mesti ada ilmu yang tertinggal. Di kelantan pula sekarang ni ada penternak yang proses makanan sendiri utk penternakan dan juga untuk ayam diet yang nak masuk
pertandingan. rasanya pengetahuan tentang penternakan perlu dititikberatkan. Maklumlah skang kawasan pun dah terhad takkan la nak beli lagi. ditambah pula hujan yang berlanjutan menjadikan ayam pun malas nak berlatih atas meja. lagipun skang kan SP dah cuci tangan(ewah). Selain boleh melihat ayam pelbagai benda boleh kita lawati di ganu. antaranya ialah Masjid Kristal,keropok lekor ataupun pantai2 di sepanjang jalan.


Tidak terlambat rasanya SP memberitahu bahawa baka mas sepuluh skarang ni sedang dimasukkan dengan baka syawal. Satu Transformasi yang baik dibuat kerana para breeder sebenarnya mempunyai buku rekod dan bukanlah dibuat dengan nasib semata-mata.
*SP ni bukanlah pandai pasai ayam

Tuesday, May 12, 2009

Bapak Mu bukan Bapak Ku

nampak skarang makin meriah dunia serama ditambah dengan beberapa blog yang diilhamkan oleh peminat2.SP tumpang gembira dengan perkembangan ini.Kebanyakan yang SP nampak pelapis2 baru seperti SP yang byk buat benda2 mcmni.mungkin ada juga otai2 kita yang secara diam2 ada blog juga tetapi lebih tertumpu untuk pasaran antarabangsa contohnya.SP tak dapat nak ushar lagi tapi kalau ada memang berbaloilah.tapi kalau takda SP cadangkan kepada anda la supaya boleh buat satu manatau ada rezeki kat situ.maklumlah ada diantara kita sangat mahir membuat penghantaran melalui kapal terbang.contohnya ada yang tidak terfikir bagaimana penghantaran boleh dibuat ke Sabah.


SP tunjukkan contoh bapak dan ibu.anda perhatikan dan boleh fikir2 sikit kenapa SP letak gambar ni.ada yang dah jadi macam SP pening kepala nak aturkan bloodline.SP kata begitu sebab SP ni jenis yang tidak sabar.tapi kepada yang sabar menanti tengok2 la gambar ini manatau ada idea menarik dan berjaya hasilkan sesuatu yang terbaik.

Sunday, May 10, 2009

BOTB CENTRAL MARKET 2009


*SORRY VIDEO AMIK TIME FOCUS SEBAB TU GEGAR.TAPI TANGAN PUN ADA KETAR JUGAK.JANGAN MUNTAH YE

Wednesday, May 6, 2009

GENETIK


Best betoi bila mendengar kisah-kisah ayam-ayam dulu.mengenal genetik dan asal usul ayam2 yang dibreed oleh tuannya.Dalam ramai2 kita yang bela berapa ramai yang suka dengar pasal genetik atau benda2 ni tak penting asalkan ciri2 yang dikehendaki sahaja lebih penting?ataupun buat je anak janji keluar?Amacam gambar2 ayam ni.ada ok ker?





*remaja yang kesejukan kerana baru mandi

Tuesday, May 5, 2009

WELCOME HOME!!!!!!!!!!!

Lepas ni SP berkemungkinan tidak duduk di Bayan Baru dah,sebab family SP nak pindah ke tempat asal SP(dari dulu kata nak pindah tapi tak gerak lagi).maka terpaksalah SP mengurangkan ayam2 yang ada kat reban lagi kerana rumah yang bakal dihuni tidak mempunyai halaman..pening kepala SP.walaupun bukan di kawasan bandar tapi apabila duduk di perumahan akan ada masalah2 begini.baru2 ni walaupun hajat cuma nak melawat je seorang tokoh serama di kelantan yang selalu menyertai pertandingan di seluruh malaysia,SP gatal tangan juga amik 2 ekor induk tanda perkenalan.dikhabarkan tokoh ini hanya memelihara dan breed dari darah abg Deraman.SP membuat perkiraan manatau darah induk tersebut sesuai dengan darah bapak yang SP dok breed sekarang.tak cuba tak tahu.paling SP berkenan kerana apa yang beliau breed,anak2 memang menjadi.semasa di pertandingan SP ragu2 dia breed sendiri,tapi bila diterangkan asal keturunan ayam beliau barulah SP teruja.

*SP masih lagi membuat perkiraan jika hasil kacukan tidak menjadi terpaksalah SP gunakan plan B seperti tokoh yang SP lawati di kelantan. GAMBAR AYAM DIATAS ADALAH AYAM DARI TERENGGANU