Thursday, July 28, 2011

adik beradik dgn anak di bawah



cutting lebih kurang saja sebab adik beradik....tak tarik takpa kalau tarik tak reti jaga chasis.biarlah dia lambat sikit tarik sebab kebanyakan pengusaha ayam serama sekarang pening kepala bila anak tarik awal dan chasis lari.tapi ada juga yang memang nak ayam tarik awal supaya boleh tanding dan orang2 ini memang expert bermain dgn chasis. Respect dari SP. selera masing-masing. Yang kat belakang tu bapak sama tapi ibu lain. Warna kuning tp ada kotor sikit(bercampur dgn warna kelabu)

*nak cuba kumpul ayam dalam 10 ekor dari reban sendiri dan bawa bertanding(sekarang baru 3 ekor)

Sunday, July 24, 2011

akan dijual





Lihat pada romanya seperti ayam yg pernah SP upload sebelum ini....tetapi ternyata bukan kerana ini baru naik balungnya.

nak jual sekarang pun rasanya mcm dah ok tapi apa2pun klu ada yang berkenan tunggu sedikit masa ya hingga habis puasa. manalah tahu beli2 terus boleh masuk tanding


*harap2 anak ni jadi mcm johan muda di kenyir pada 23/7/2011......




Monday, July 11, 2011

MASAI



nak letak semua nama ada pangkal Bayan tapi Masai juga terngiang2 dalam otak. Masih dalam latihan semoga berjaya hendaknya ayam2 yang bakal SP keluarkan. Mungkin sebab terfikir ladang kuda di Masai.


*Terima kasih byk2 kepada isteri yang banyak membantu

Wednesday, July 6, 2011

CERITA DI REBAN





Inilah dia gaya terbaru Induk di Reban saya. Alhamdulillah anaknya comel2 belaka. Lihat saja aksinya pasti ada orang menelefon lagi untuk bertanyakan induk ini pula seperti yang berlaku kepada Raja Kumbar. Raja Kumbar mempunyai peminatnya sendiri.


Mengenai induk ini pula SP harap dan berdoa supaya mengeluarkan anak2 yang comel dan menjadi tarikan utama di reban SP. Anak2 dia SP simpan dlm bilik khas supaya terjaga dgn rapi. Kadang2 tidur pun sebilik dgn anak2 ayam tu dan Raja Kumbar.ehehehe. Bukan apa susah juga nak dapatkan ayam mcm Raja Kumbar rupanya kerana kebanyakan orang tidak mahu melepaskan ayam mereka dan ingin membuat baka dgn ayam yang mereka juarai ditambah pula susur galur Raja Kumbar adalah berasal dari seorang bangsawan yang baru nak membuat tapak untuk ladang kudanya di Masai. Menurut sms yang dihantar oleh bangsawan tersebut selain projeknya di Masai, beliau juga sedang membuat susur galur warna kuning dimana mempunyai ciri2nya sendiri. Katanya juga dia ingin bermain susur galur yang belum siap, bukannya bermain ayam yang telah disiapkan. SP tidak faham apa ideologinya tetapi SP nak lihat sendiri apa hasil beliau kerana beliaulah sekarang di belakang SP yang byk menyokong SP semasa SP menyepikan diri.


*Induk ini boleh bertanding dan dibiak....

Sunday, July 3, 2011

MEMANG TAK SANGKA




Salam gembira,


Baru2 ini SP ada join pertandingan di Kuala Lumpur dan melihat ayam begitu ramai. Entah bagaimana pula terbuka hati untuk pergi ke tanding di KL kalini. Terima kasih juga kepada geng2 kedah kerana sudi mempelawa SP join sama2 memeriahkan perjalanan ke ibu kota. Mereka yang terdiri daripada Wan Serama Jalan Day, Cikgu Lah Vistana dan Aiman Serama Utara telah bangun awal mungkin dalam pukul 3pagi dan bertolak pukul 4pagi dari Alor Setar dgn membawa peluru2 yang amat dasyat untuk pertandingan kali ini. Walaupun kami tersesat sedikit tapi nampaknya rata2 sangat bergembira di dalam kereta tetapi tidaklah sampai menyanyi lagu suwa suwie good morning.




Ramai rakan2 lama SP temui dan dapatlah kamu berbual panjang. Tak lupa juga rakan2 dari seberang dan rakan2 baru dikenali. SP hanya membawa seekor ayam muda. Ayam muda tersebut bernama Raja Kumbar dan sebenarnya ada seekor awal remaja yang boleh bertanding lagi...ehehehe




Raja Kumbar(seperti gambar di atas) tanpa disangka2 telah menunjukkan aksi menarik ditambah pula dengan aksesori yang boleh tahan. Dengan itu Raja Kumbar telah ditabal menjadi johan muda untuk pertandingan kali ini.




Semasa BOTB tidaklah pula Raja Kumbar ingin beraksi kerana tidak biasa dengan suasana dan kurangnya latihan. SP memang tidak menitik beratkan sangat soal latihan kerana menumpukan anak 7ekor yang menetas di inkubutor ditambah lagi seekor yang baru menetas.




Semasa BOTB ayam yang menang adalah ayam kategori remaja milik Cikgu Lah yang memang cukup2 bergaya. Sempatlah juga SP rujuk kepada rakan2 yang lama di arena serama , bagaimanakah caranya untuk melatih ayam untuk lebih bergaya.




*sedang mempraktikkan cara melatih ayam supaya lebih garang di atas meja hasil dari pertanyaan dari rakan2 lama.......