Tuesday, December 20, 2011

JUALAN HUJUNG TAHUN

Harga RM800
jika minat boleh hubungi SP
sebab jual-tidak sesuai dengan kawasan laman di rumah SP

Thursday, December 8, 2011

KHIDMAT MESIN RUMPUT(GRASS CUTTING) KAWASAN PULAU PINANG(PENANG) DAN SEKITARNYA

- caj yang berpatutan mengikut keluasan kawasan termasuk pembersihan rumput.

- Perkhidmatan untuk semua kawasan serta lokasi yang berumput

- Sesuai bagi persiapan sebelum hari raya/majlis dan sebagainya

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

- membaiki komputer

- membasuh kereta dari rumah ke rumah

- pembersihan kawasan

- trim pokok

SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI

EN.HUSAINI-0194125759

EN.MOHAMAD-0125512429


*SP tolong promote jer

Monday, November 14, 2011

INI SAJA YANG TINGGAL

Ini adalah adik beradik kepada jantan kelabu di bawah...
cuma ini sajalah saya simpan untuk mengekalkan corak tubuh yang saya lihat seperti raja kumbar...
Insyaallah jika ada waktu dan kelapangan saya akan mengupgrade apa yang kurang...
Ekor dara2 berkenaan masih lagi kelihatan kelabu...

*Ini sajalah harapan SP. Kalau jual juga susah untuk dapatkan pengganti....

Monday, October 31, 2011

SILALAH SAPU SEBELUM IA MENJADI SEPERTI RAJA KUMBAR!!!!!!!!!!










beginilah anak induk kandang SP sekarang, alhamdulillah dah mcm raja kumbar cuma warna je unik sikit....sesiapa berkenan boleh la calling2 ya...


*bukanla nak promote sangat tp dah ayam elok apa salahnya SP rekemen.....

Sunday, October 16, 2011

BESAR BETUL DADA KAU!!!!!!!

ayam yang kecil!!!!itulah kata2 rakan SP yang menghantar mms semalam. Ayam ini kini berada di dungun. Ayam yang baru memasuki kategori muda mempunyai aksesori yang cantik dan berdada besar. Bagi sesiapa yang berminat silalah cari ayam tersebut di dungun.

*trend ambil gambar sekarang pada waktu malam

Sunday, October 2, 2011

INDUK KANDANG PULA UNTUK DIJUAL









Induk kandang yang mengeluarkan anak2 yang comel seperti di bawah ini SP nak jual kerana ada beberapa ekor anaknya pula akan SP gunakan untuk mewarisi bloodline yang sedia ada.









*jika minat terus call SP

Monday, September 26, 2011

RM 150 SEEKOR UNTUK DIJUAL

semuanya menggunakan bapa yang sama. Harga yang munasabah untuk semua tidak kira anak jantan atau betina. Di atas adalah contoh yang SP telah jual. Jika berminat boleh telefon SP ok



Sunday, September 11, 2011

JUALAN TELAH DIBUKA

Seperti yang dijanjikan ini adalah salah seekor anak yang berada di reban SP. Jika siapa berminat bolehlah hubungi SP. Anak2 yang tetas kebanyakan betina juga kalini. Jadi sesiapa yang nakkan anak betina boleh juga hubungi SP.

Kelebihan yang SP nampak dari apa yang tetas sejak2 akhir2 ini adalah anak2 direban SP memiliki Balung yang halus serta sayap yang tirus. Kebanyakan yang SP lihat kebelakangan ini ramai peminat dah boleh hasilkan ayam2 yang bergaya tp masih tercari-cari bagaimana nak upgrade dibahagian balung serta sayap.

Dikesempatan ini SP memberi peluang untuk mencuba dengan ayam2 yang SP dah tetaskan ini supaya dapat bergabung dgn baka peminat2 di seluruh malaysia supaya bukan saja dapat mengeluarkan hasil yang bergaya malahan mempunyai aksesori yang mengembirakan.

Yang mana ada bertanyakan tentang anak induk tarik ekor kelabu boleh hubungi SP jika berminat. SP nak jual harga mampu milik. Jangan lepaskan peluang.

*anak ayam di atas baru nak belajar bergaya

Wednesday, September 7, 2011

2nd Batch(masih ada yang menarik.......)




beginilah anak2 di reban SP,rezeki yang diberikan tak pernah lekang..ini adalah diantara beberapa ekor yang masih tinggal.jika ada yang berminat bolehlah singgah membeli.stok adala sikit2 lagi tumpang dok ada bolehlah rembat mana yang ada.jika sebelum ini SP agak keberatan nak jual kerana 1st batch la katakan. slalunya orang nak tgk dulu jadi mcmana. kalau SP sempat upload pic2 anak yang lain bolehla tunjukkan untuk para peminat tp kalau dah dibeli orang SP tak dapat nak ambil gambar lagi.dari segi rupa bentuk ayam2 SP tak banyak beza dgn yang sebelumnya. Ini menunjukkan SP tak kutip dan jual semula kepada peminat serama. Yang mana dah datang dan membawa balik dari reban SP harap anda menjaga berpuas hati. terima kasih....




*skali tgk anak2 ayam SP nampak sama pula dadanya Raja Kumbar.......


Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dikesempatan ini SP nak mohon jutaan ampun dan maaf kepada rakan2 serama mahupun yang mengenali SP. Sememangnya kita hanyalah manusia yang tidak terlepas dari membuat kesilapan dimana tutur bahasa dan adab pergaulan yang SP gunakan menyinggung perasaan rakan2 haraplah dimaafkan dan di bulan yg mulia ini marilah kita rapatkan saf talisilaturahim bersama tidak kira tua ataupun muda.

Datanglah beraya kerumah SP jika berkesempatan. Rumah SP sentiasa terbuka untuk anda disamping tidak kiralah siang ataupun malam, yang jauh mahupun yang dekat dan yang lama ataupun yang baru.

* SP sedang tgk anak bulan bersama isteri tercinta


Wednesday, August 17, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR











Tudia dalam diam2 abang kita sorang ni dok ternak ayam dimana mengeluarkan anak2 yang comel rupanya. Inilah dia ayam2 dari http://seramaandknifecraft.blogspot.com yang berpangkalan di jelutung. banyak2 juga anak yang menjadi dan dijual dengan harga yang berpatutan.


*mungkin lepasni kita dapat melihat kelibat serama jelutung di area pertandingan

Sunday, August 7, 2011

anak tino pule

dulu jantan saja nampak tarik...skang tina pun ada juga
batch ke-2 anak2 lebih banyak netas.

dari tarikh harini dah 7ekor...tp dok suluh2 juga telur mungkin boleh mencecah 15 ekor.

barulah boleh buat jualan mega. yang tarik2 aja saya jual..tak tarik saya simpan okayyyy...

alhamdulillah berkat kesungguhan barulah nampak hasilnya walaupun rasanya mcm dah give up tapi saya anggap Allah akan beri ganjaran kepada orang2 yang bersabar dan tak berputus asa.

Wednesday, August 3, 2011

LAKU TAK MCM NI???

KALAU RM400 ADA ORANG MAU TAK?

Monday, August 1, 2011

MAKIN HARI MAKIN COMEL LA PULOP



Ni yang SP macam sayang pula nak jual anak ni. Namanya adalah Harimau Menyanyi. Ramai juga yang bertanya mengenai Harimau Menyanyi ni tapi SP tak pandai nak buka harga. Yang bertanya tentang ibu kuning SP pun ramai juga.


Nantilah tgk pula lepas raya mcmana kalau boleh ganti Sri Palas pun okla....mungkin juga rezeki SP bersama warna2 begini. Apa boleh buat rezeki. Ayam ini pernah dipost entry sebelum ini tetapi tidak diberi nama. Sekarang anak ini sudah diberi nama dan senanglah nanti kita memanggilnya. Harima Menyanyi adalah adik kepada Masai tetapi berlainan ibu.


*Letak nama harimau lagi senang pada nama bayan daaa....Harimau Menangis,Harimau Menari, Harimau Berlari, Harimau terkedu, Harimau Terluka, Harimau Bersedih

Thursday, July 28, 2011

adik beradik dgn anak di bawah



cutting lebih kurang saja sebab adik beradik....tak tarik takpa kalau tarik tak reti jaga chasis.biarlah dia lambat sikit tarik sebab kebanyakan pengusaha ayam serama sekarang pening kepala bila anak tarik awal dan chasis lari.tapi ada juga yang memang nak ayam tarik awal supaya boleh tanding dan orang2 ini memang expert bermain dgn chasis. Respect dari SP. selera masing-masing. Yang kat belakang tu bapak sama tapi ibu lain. Warna kuning tp ada kotor sikit(bercampur dgn warna kelabu)

*nak cuba kumpul ayam dalam 10 ekor dari reban sendiri dan bawa bertanding(sekarang baru 3 ekor)

Sunday, July 24, 2011

akan dijual





Lihat pada romanya seperti ayam yg pernah SP upload sebelum ini....tetapi ternyata bukan kerana ini baru naik balungnya.

nak jual sekarang pun rasanya mcm dah ok tapi apa2pun klu ada yang berkenan tunggu sedikit masa ya hingga habis puasa. manalah tahu beli2 terus boleh masuk tanding


*harap2 anak ni jadi mcm johan muda di kenyir pada 23/7/2011......




Monday, July 11, 2011

MASAI



nak letak semua nama ada pangkal Bayan tapi Masai juga terngiang2 dalam otak. Masih dalam latihan semoga berjaya hendaknya ayam2 yang bakal SP keluarkan. Mungkin sebab terfikir ladang kuda di Masai.


*Terima kasih byk2 kepada isteri yang banyak membantu

Wednesday, July 6, 2011

CERITA DI REBAN





Inilah dia gaya terbaru Induk di Reban saya. Alhamdulillah anaknya comel2 belaka. Lihat saja aksinya pasti ada orang menelefon lagi untuk bertanyakan induk ini pula seperti yang berlaku kepada Raja Kumbar. Raja Kumbar mempunyai peminatnya sendiri.


Mengenai induk ini pula SP harap dan berdoa supaya mengeluarkan anak2 yang comel dan menjadi tarikan utama di reban SP. Anak2 dia SP simpan dlm bilik khas supaya terjaga dgn rapi. Kadang2 tidur pun sebilik dgn anak2 ayam tu dan Raja Kumbar.ehehehe. Bukan apa susah juga nak dapatkan ayam mcm Raja Kumbar rupanya kerana kebanyakan orang tidak mahu melepaskan ayam mereka dan ingin membuat baka dgn ayam yang mereka juarai ditambah pula susur galur Raja Kumbar adalah berasal dari seorang bangsawan yang baru nak membuat tapak untuk ladang kudanya di Masai. Menurut sms yang dihantar oleh bangsawan tersebut selain projeknya di Masai, beliau juga sedang membuat susur galur warna kuning dimana mempunyai ciri2nya sendiri. Katanya juga dia ingin bermain susur galur yang belum siap, bukannya bermain ayam yang telah disiapkan. SP tidak faham apa ideologinya tetapi SP nak lihat sendiri apa hasil beliau kerana beliaulah sekarang di belakang SP yang byk menyokong SP semasa SP menyepikan diri.


*Induk ini boleh bertanding dan dibiak....

Sunday, July 3, 2011

MEMANG TAK SANGKA




Salam gembira,


Baru2 ini SP ada join pertandingan di Kuala Lumpur dan melihat ayam begitu ramai. Entah bagaimana pula terbuka hati untuk pergi ke tanding di KL kalini. Terima kasih juga kepada geng2 kedah kerana sudi mempelawa SP join sama2 memeriahkan perjalanan ke ibu kota. Mereka yang terdiri daripada Wan Serama Jalan Day, Cikgu Lah Vistana dan Aiman Serama Utara telah bangun awal mungkin dalam pukul 3pagi dan bertolak pukul 4pagi dari Alor Setar dgn membawa peluru2 yang amat dasyat untuk pertandingan kali ini. Walaupun kami tersesat sedikit tapi nampaknya rata2 sangat bergembira di dalam kereta tetapi tidaklah sampai menyanyi lagu suwa suwie good morning.




Ramai rakan2 lama SP temui dan dapatlah kamu berbual panjang. Tak lupa juga rakan2 dari seberang dan rakan2 baru dikenali. SP hanya membawa seekor ayam muda. Ayam muda tersebut bernama Raja Kumbar dan sebenarnya ada seekor awal remaja yang boleh bertanding lagi...ehehehe




Raja Kumbar(seperti gambar di atas) tanpa disangka2 telah menunjukkan aksi menarik ditambah pula dengan aksesori yang boleh tahan. Dengan itu Raja Kumbar telah ditabal menjadi johan muda untuk pertandingan kali ini.




Semasa BOTB tidaklah pula Raja Kumbar ingin beraksi kerana tidak biasa dengan suasana dan kurangnya latihan. SP memang tidak menitik beratkan sangat soal latihan kerana menumpukan anak 7ekor yang menetas di inkubutor ditambah lagi seekor yang baru menetas.




Semasa BOTB ayam yang menang adalah ayam kategori remaja milik Cikgu Lah yang memang cukup2 bergaya. Sempatlah juga SP rujuk kepada rakan2 yang lama di arena serama , bagaimanakah caranya untuk melatih ayam untuk lebih bergaya.




*sedang mempraktikkan cara melatih ayam supaya lebih garang di atas meja hasil dari pertanyaan dari rakan2 lama.......




Sunday, June 26, 2011

LEPAS SEKOR 7 PULA MENJELMA









*JUGA UNTUK DIJUAL.....................

nantikan kemunculan anak Raja Kumbar

Monday, June 20, 2011

JUGA UNTUK DIJUAL(SOLD)




SP skang jual anak kecil2 saja.


anak ni SP nak jual dgn harga RM150 SAHAJA


siapa cepat dia dapat....

Sunday, June 19, 2011

Sunday, June 12, 2011

INDUK DI KANDANG




*induk di kandang SP...harap lebih banyak anak2 akan dihasilkan oleh induk ini nanti.....sungguh gila kerana ada yang berani menempah anak induk berkenaan walaupun belum tetas lagi...

Thursday, June 9, 2011

SAMA KETURUNAN




Baru nampak sedikit cutting dari ayam 1bulan ini yang SP breed sendiri. Di bawah SP tunjukkan sedikit gambar dari keturunan asalnya.
*harap2 SP keluarkan ayam2 begini juga

Tuesday, June 7, 2011

RAJA KUMBAR










*lepas ni nak letak semua nama bayan.......