Thursday, October 22, 2009

MOTO GP


Tengoklah gambar di atas

Warna sama bukan?

ntah2 valentino rossi ni ada bela ayam serama warna ni kot

sebab tu sampai suit dia pun sama

*Gurau di hari Jumaat

Sunday, October 11, 2009

PERBAGAI CUTTING DIPERSEMBAHKAN

SP baru balik dari penang dari meramaikan pertandingan(tapi SP tak sertai pun sebab takde ayam). Kesemua ayam yang bertanding memang menggerunkan SP. Ini kerana dari pandangan SP, ayam2 dah sangat kecil dan bergaya hebat. Patutlah ada gelaran seperti gebas bertubi2, lawan meja dan sebagainya. ayam kegemaran SP iaitu ayam kuning pun banyak dari ayam2 yang lain tetapi yang naik kemeja BOTB kebanyakkannya ayam yang ada warna hitam.

Ada semasa SP melawat reban kawan2 di sana, mcm2 bentuk dan pengalaman baru yang jarang2 kita lihat. Apa2pun ayam kini dan sekarang memang dah berubah. Dapat dilihat juga penyertaan kalini sangat memberansangkan, tak hairanlah permintaan yang ada melebihi pengeluaran. Maka tidak hairan juga jika harga ayam naik mendadak. Ada rm1.5k dan ada juga anak rm2k. Ada yang SP nampak player minta beli ayam yang tak lekat number. dan menunduk je semasa atas meja pertandingan. Tapi tuannya berkeras tidak mahu lepas. Mungkin ada kenangan diantara ayam dan tuannya kot.hehehehehe.Atau mungkin si pembeli ni matanya tajam dan membuat perancangan rapi terhadap ayam yang ingin dibeli, so pembeli tidak kisah jika ayam tu tak dapat number pun asalkan dapat bawak blk untuk dijadikan buah tangan.

Kat atas ni bukanlah ayam SP. Mungkin ada yang dah tahu ayam siapa jika pakar2 melihat jenis tubuhnya. Rasanya tuannya membuat perubahan untuk struktur tubuh supaya ayam2 begini tidak bermasalah. SP juga ada terjumpa ayam yang hampir sama dengan tok bedak.

*Nanti kita bincang persamaan dunia ayam serama dan artis dengan komposer