Monday, October 23, 2017

BAKAL PEMBAKA

Salam
ok x bakal pembaka SP untuk projek 2018? SP cadangkan nak pair dgn induk kat bawah yang berbalong cantik tu. walaupun ibu tu belunjur SP nak cuba juga masukkan dengan bapak ni sebab gaya bapak ni memang power. Bapak ni selam dan kuat kibas. Biasala trademark ayam sekarang mesti nak kena mcmtu. Harap2 SP dapat menjalankan breeding dengan lancar supaya tidak give up seperti dulu dan akhirnya orang lain yang dapat hasil seperti yang terjadi pada tahun2 yang lepas.


Kalau anak2 dia semua jadi tak mungkinlah sebab ayam serama ni kan unik. kalau jadi tu memang rezeki SP la. untuk pembaka ni SP dapat dengan harga kasih sayang, tidaklah terlalu mahai hingga mencecah ribuan ribu ringgit. SP cuba limitkan budget untuk breeding kalini dan belajar dari pengalaman yang lepas.

*RV 2017

Thursday, October 12, 2017

MERIAH




Salam berserama
semalam SP pi sungai ara melawat rakan yg masih aktif membela serama. Rupanya banyak dah ayam yang cantik2 di sana rupanya. pemilik ayam di atas xlain dan xbukan adalah Encik Din yang telah lama berkecimpung dalam arena serama ni.

Mungkin ramai org tidak tahu sebenarnya abg Din kita ni mempunyai ayam cantik-cantik dan mengikut trend masa kini. Contoh ayam di atas adalah ayam muda yang lonjak dada. Baru-baru belajar bergaya orang kata. Anak-anak ayam pun banyak. Selalunya harga yang abg din jual xlah mahal tetapi tidak juga terlalu murah. Orang kata harga mampu milik dan juga sesuai dengan harga ayam.

Harap-harap setelah ayam serama disiarkan di majalah 3 tempohari, maka ramailah peminat yg dulu pernah meminati ayam ini dan membela semula.

*tunggu RV

Monday, October 2, 2017

TEMPAT OH TEMPAT


Salam semua
lama SP x hiraukan ayam serama.
ayam terakhir SP adalah Hello Kitty
sayangnya Hello Kitty xda pelapis yg SP sangat harapkan.
SP pun xdpt nak jaga dgn rapi seperti sebelum-sebelum ini kerana SP dok rumah flat dan memang xboleh nak bela serama.

Jadi pada tahun ini SP ingat nak buat comeback tapi malangnya tempat masih tidak ada. bukan rezeki SP la mcmni. Tapi dalam masa ketiadaan tempat, SP sempat juga sambar sekor ayam betina(gambar seperti di atas) yang SP rasa boleh dapatkan anak2 yang cantik. Jika SP kembali dalam arena serama, SP akan sangat2 teliti supaya baka2 yang SP ada tidaklah lari jauh dari plan yang SP dah rangka.

Oleh itu jika ada kawan2 yang boleh bagi idea mcmana nak dapatkan penempatan yg sesuai utk SP, SP alu-alukan.

*bila nak RV daaaa.......