Sunday, August 16, 2009

SUDAH GANTI PUASA KE BELUM.....


SP rasa mcm cepat saja tahun ni berjalan..pejam celik pejam celik dah pun bulan lapan..maknanya musim untuk Si Labu meluruh le.nasib baik la masuk bulan puasa so semua aktiviti takda.

Tapi yang kat atas tu SP nak bgtau bukanlah milik SP tetapi telah tertukar gerannya. Jika tuan barunya pandai cermat menjaga anak ni bolehlah kita tgk kat tempat tanding nanti. SP pun belum lagi tgk secara live anak ni ketika ini kerana tak sempat berjalan ke Merbuk. ayam ini namanya Tok Bedak kepunyaan Wan Kay(Kalut). Setiap pertandingan SP tgk Wan Kay mesti ada tetapi dia pi tgk2 saja. Bila ditanya kenapa tak bwk masuk ayam untuk tanding dengan selambanya dia jawab modal takda. Maklumlah student mestilah akan menghabiskan duit kat prepaid untuk SMS atau bubuh minyak kereta awek yang datang menjemputnya untuk bersiar2 di Pekan Sungai Petani ataupun Tupah. Kan ke Uitm Merbuk dekat dengan tempat2 begitu. So dengan perasaan kasihan, ehsan serta keberatan juga SP mengofferkan seekor anak yang dikira dapat menyertai pertandingan.

Time WK ambil anak tu adalah hari Manchester united menang bergaya ke atas pasukan Malaysia 2-0. Setelah menunjukkan student card kat SP untuk mendapatkan harga istimewa atau lebih jelas lagi student price, maka Tok Bedak pergi meninggalkan SP.

Cuma SP nak pesan kepada WK agar bersabar apabila nak breeding. Buat apa yang ada dulu, kalau ada rezeki tak kemana. Tapi kalau dah banyak terjual nanti apa salahnya hadiahkan sebuah Toyota Caldina GT4 yang SP kempunan dulu.

Kita sambung cerita puasa semula, ada yang dah mula breeding time2 begini untuk keluarkan produk masing2. Ada yang lebih fokuskan kepada aksesori dulu, ada juga fokuskan kepada gaya dulu. Pilihan masing2. Ini disebabkan bukan kita adun ayam untuk menjadi perfect dalam satu masa saja. Ia mesti memakan masa bertahun juga. Mungkin percubaan pertama ayam yang keluar membuatkan ada yang nak termuntah melihatnya. Tapi janganlah kita frust kerana kita masih boleh perbaiki ciri2 yang org tak berkenan kepada yang lebih menarik.

SP tak nafikan ada yang breed menjadi tanpa memikirkan susur galur ayam. Tetapi apabila kita cuba dengan susur galurnya samaada jauh ataupun dekat, Kita lebih berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Ada yang dah try 3tahun dapat 1 ekor je yang paling cantik, ada yang buat setiap kali keluar yang gaya tapi ada kekurangan dari segi aksesori...jadi anda yang bijak2 ni pilihlah yang mana anda nak samaada nak teruskan dengan apa yang org2 yang dah lama beri kepada kita atau dengan cara kita sendiri????

*Agak2 berjaya tak SP turunkan berat badan time bulan puasa ni

No comments:

Post a Comment