Wednesday, August 5, 2009

KECEWA JUGAK....

sementara SP dok mengelamun tentang program jelajah kelantan sabtu ni, tiba2 SP dpt sms yang kurang enak. bukan SP nak makan text tu tapi ia berbunyi program yang SP rancang kena batal..

Kecewa tidak terhingga SP dibuatnya kerana SP nak amik gambar2 untuk dijadikan kenangan apabila berada di Bachok.arghh...

itulah yang dinamakan hobi, ada yang bersungguh-sungguh, ada juga yang lebih gemar bersahaja kerana perkataan hobi ni lebih kepada mengisi masa lapang kita........

SP siap minta cuti pampasan lagi untuk sama2 menyertai pertandingan ini walaupun hanya membawa seekor ayam. Cukuplah sekadar dapat berjumpa kawan2 di sana kerana sudah lama tidak ketemu mereka. Dah yang lebih penting juga ada yang mengharapkan agak menjadi orang yang bertuah untuk merebut wang yang berjumlah ribuan ringgit walaupun sudah diketahui ayam tidak dapat nombor pada pertandingan yang dijalankan. dari pemerhatian SP ayam SP memang tidak layak dapat nombor pada hari tersebut kerana beberapa bahagian tidak memenuhi kriteria. cuma SP boleh andaikan SP akan hanya mendapat nombor sangkar.

Dikesempatan ini SP nak ucap selamat pengantin baru kepada adik Saudara Rahman kerana akan mengadakan kenduri di Alor Gajah, Melaka. Mungkin disamping itu Saudara Rahman boleh juga adakan ruang kecil di tepi rumahnya untuk pertandingan ayam serama so boleh la player yang datang game sambil mkn kenduri...hahahaha gurau je bro...(mesti anak2 saudara rahman akan bersilat pulut nanti sebab SP penah teman saudara Rahman menghantar anaknya ke kelas Silat.

*Dunia makin tenat tapi serama jangan tenat.

No comments:

Post a Comment