Monday, April 13, 2009

NAGA OH NAGA


Teringat lagi pada tahun lepas kenalan SP yang tinggal di Sunway Tunas tiba2 terbuka mata apabila melihat seekor serama seakan2 seekor naga(gambar di atas) di Youtube.beliau tidak lain dan tidak bukan adalah CK Phoon.pada mulanya ayam serama tidaklah menarik perhatiaannya kerana beliau mempunyai hobi lain iaitu Burung Merbuk.


Gaya yang memukau dipamerkan oleh ayam di atas membuatkan CK begitu teruja.beliau juga menyatakan bahawa ayam tersebut mempunyai ong jika diletakkan di dalam rumah.SP pun tgk memang sangat cantik ayam tu.ayam tersebut sekarang menjadi lagenda kepada peminat2 serama kerana semasa di pertandingan dahulunya ayam tersebut sering memenangi tempat teratas.tersangatlah mahsyur sehingga pada satu ketika SP pun menjadi teruja untuk pergi berkunjung ke pertandingan2 yang diadakan di kelantan semata2 untuk melihat ayam tersebut beraksi.diharap kita tidak akan melupakan ayam ini kerana kehebatan semasa zamannya dan diharap ada pengganti di masa2 akan datang. dengarnya ayam tersebut masih lagi berada di Keramat,Kuala Lumpur di tangan tuan baru(baru pun tak baru la jugak)harapan SP agar ayam ini sihat hendaknya.



gambar sebelah ni pun naga jugak kata tuannya.tubuh yang kecil dan kuat mengepak membuatkan tuannya lebih sayang kepada naga ini berbanding basikal anaknya di sebelah.......












No comments:

Post a Comment