Monday, April 13, 2009

KANDAR BUKAN KAMDAR


SP nak tanya korang layan nasi kandar?hampir kesemua penduduk pulau pinang kalau tak makan nasi kandar taktau la SP nak kata apa kerana boleh dikatakan seluruh pulau ini mesti ada saja kedai2 mamak yang menghidangkan nasi istimewa ini.
pagi2 lagi boleh dilihat akan mereka yang beratur membeli nasi.taktau la ketagih ke apa. dari cerita arwah atuk SP nasi ini dinamakan nasi kandar bukanlah kerana ada kaitan dengan nama ISKANDAR tetapi zaman dulu mamak2 yang berniaga akan mengkandarkan nasi2 tersebut.dalam erti kata lain galas atau usung atau pikul.
Kepada penduduk luar pulau pinang satu lagi SP mau tanya kalau korang mai penang,korang suka makan di mana?restoran nasi kandar yang besar atau di lorong2/gerai2 kecik di tepi jalan?
Bagi rakyat pulau pinang pula mereka lebih selesa makan di gerai2 kecik.Mengapa suka makan digerai kecik,anda kena try dahulu kerana SP tidak mahu menjadi berat sebelah. sedikit gambar dipetik dari beberapa blog yang boleh anda saksikan.
















*SP kalau tak makan nasi kandar memang takleh hidup

No comments:

Post a Comment