Sunday, July 3, 2011

MEMANG TAK SANGKA




Salam gembira,


Baru2 ini SP ada join pertandingan di Kuala Lumpur dan melihat ayam begitu ramai. Entah bagaimana pula terbuka hati untuk pergi ke tanding di KL kalini. Terima kasih juga kepada geng2 kedah kerana sudi mempelawa SP join sama2 memeriahkan perjalanan ke ibu kota. Mereka yang terdiri daripada Wan Serama Jalan Day, Cikgu Lah Vistana dan Aiman Serama Utara telah bangun awal mungkin dalam pukul 3pagi dan bertolak pukul 4pagi dari Alor Setar dgn membawa peluru2 yang amat dasyat untuk pertandingan kali ini. Walaupun kami tersesat sedikit tapi nampaknya rata2 sangat bergembira di dalam kereta tetapi tidaklah sampai menyanyi lagu suwa suwie good morning.




Ramai rakan2 lama SP temui dan dapatlah kamu berbual panjang. Tak lupa juga rakan2 dari seberang dan rakan2 baru dikenali. SP hanya membawa seekor ayam muda. Ayam muda tersebut bernama Raja Kumbar dan sebenarnya ada seekor awal remaja yang boleh bertanding lagi...ehehehe




Raja Kumbar(seperti gambar di atas) tanpa disangka2 telah menunjukkan aksi menarik ditambah pula dengan aksesori yang boleh tahan. Dengan itu Raja Kumbar telah ditabal menjadi johan muda untuk pertandingan kali ini.




Semasa BOTB tidaklah pula Raja Kumbar ingin beraksi kerana tidak biasa dengan suasana dan kurangnya latihan. SP memang tidak menitik beratkan sangat soal latihan kerana menumpukan anak 7ekor yang menetas di inkubutor ditambah lagi seekor yang baru menetas.




Semasa BOTB ayam yang menang adalah ayam kategori remaja milik Cikgu Lah yang memang cukup2 bergaya. Sempatlah juga SP rujuk kepada rakan2 yang lama di arena serama , bagaimanakah caranya untuk melatih ayam untuk lebih bergaya.




*sedang mempraktikkan cara melatih ayam supaya lebih garang di atas meja hasil dari pertanyaan dari rakan2 lama.......




No comments:

Post a Comment