Monday, September 7, 2009

3 EKOR LAGI ANAK BARU TETAS


Betullah seperti apa yang dikata, breeding ayam lebih best dari bertanding. Tambah2 pula anak yang kita breed bergaya. Ini dibuktikan apabila SP dapat melihat sendiri kewujudan Bunga Cengkih dan Tok Bedak yang bolehlah juga SP banggakan kerana SP dikategorikan newbie.

Bunga Cengkih dan Tok Bedak kini berada di Kelantan untuk betulkan ekor. Semasa hari pertama tiba di Kelantan, jangkaan SP tepat sekali kerana orang di sana ingin membayar Bunga Cengkih.

Kini muncul lagi 3 ekor anak yang baru menetas di reban SP. Bolehlah SP lepaskan kepada kawan2 yang berniat. Memandangkan SP dah tahu mcmana produk SP keluarkan.

Pada awalnya SP agak ragu2 nak beri kat orang sebab tak menjadi. Tapi skarang boleh aje nak lepas yang mana2 sebabnya dari apa yang SP tengok kira lebih kurang la dengan orang lain hasilkan.

Tetapi jika lebih terperinci SP lihat darah Acappan yang mengalir ke tubuh anak2nya, SP anggapnya ia dari kategori ayam A. Dulunya SP mendapat tips jika anak ayam berkokok awal, ayam itu tidaklah menjadi besar(betul ke tak,tidaklah diketahui)
*Harap2 anak2 SP jadi ayam macam kat atas ni

No comments:

Post a Comment