Sunday, April 8, 2012

ABANG KEPADA TORNADO???



Diberitakan jantan di atas adalah abang kepada Tornado. Kalau bukan abang tornado pun tak apalah janji dari reban yang sama dengan tornado. SP lihat perkembangan ayam-ayam kuning sekarang sangatlah mahal dan tidak termampu SP nak beli untuk dibawa bertanding. Jadi terpaksalah SP buat sendiri dengan kaedah yang telah breeder2 lain buat. SP pun belilah bapak tersebut daripada tuannya untuk dipadankan dengan induk-induk SP.

SP cuba nak kekalkan dengan meramaikan induk-induk krim di rumah SP yang tarik-tarik pula. Tak kuning tak apa janji induk kuar warna krim. Dan yang paling penting adalah balung mau jadi mancis.

Dalam perancangan SP, bapak di atas akan dipadankan dgn induk yang di dalam gambar. Harap-harap akan mengeluarkan anak yang ramai. Tuan asal bapak tersebut iaitu abang Mizi Padang Luas memesan kepada SP agak jika orang datang ke reban kita, biarlah orang yang datang tu tidak menumpukan anak kepada seekor pembaka dirumah kita saja. Maksudnya semua pembaka di rumah kita tu boleh pakai..anak kuar cantik-cantik dan tidak menumpukan kepada ibu kandang atau bapa kandang sahaja.

*ehsan gambar dari mkggroup.blogspot.com(minta dari serama tunggal)

No comments:

Post a Comment