Thursday, November 12, 2009

SANGAT CANTIK

SP baru menerima mms dari kawan(gambar di atas), maka terfikirlah SP akan kehebatan ayam mcmni. Agak2 adakah nasib boleh menentukan untuk dapat produk sebegini atau formula tertentu digunapakai untuk hasil yang terbaik?

SP dah mula breeding secara kecil-kecilan,nampak mcm boleh la nak main tp takde la sampai dok depan.biasa-biasa jer.

SP juga akan cuba dengan strategi plan untuk hasilkan warna kuning pada tahun depan jika sempat kerana terpegun dengan ayam di atas. Alangkah menariknya jika keturunan labu warna ini.

SP pun dah jarang2 dgn entry baru memandangkan banyak masa dihabiskan dengan perkara lain. Lagipun SP lebih suka melayari blog kawan2 yang lebih canggih dan byk isi2 berguna di dalamnya.

Agak malang juga apabila SP tidak dapat menghadiri pertandingan besar yang akan berlangsung pada 5 Disember kerana ada bengkel di Perak.

Jika nak kata ayam mahal boleh kalahkan ayam murah, fakta itu telahpun disanggah akhir2 ini dimana ayam yang murah boleh markah sama dgn ayam harga ribuan ringgit. Tapi rasanya sesetengah orang memilih ayam bukanlah hanya untuk pertandingan saja tetapi mungkin ada yang sanggup membayar mahal untuk mendapatkan hasil yang baik dari keturunannya.

Apa2pun marilah kita jadikan ayam seperti di atas sebagai panduan dan bercita-cita supaya dapatkan hasil yang terbaik di dalam teknik breeding yang kita usahakan.

Jangan marah kalau SP bg 5 bintang untuk ayam kat atas kerana bergaya segak di hadapan kamera

2 comments:

  1. tuan ayam ni punya contact number ada? tis is my phone numbers,hamba minta juga ayam ni...0129210486

    ReplyDelete
  2. tuan ayam ni dah ada blog skang
    sudah maju

    ReplyDelete