Friday, May 15, 2009

TERENGGANU DARUL IMAN

Rasa macam nak berjalan2 saja ke Ganu tapi mungkin dalam mimpi je kot. Skarang kalau nak berjalan ke Terengganu rasanya dah takda masalah sebab bapak SP skang menetap di Kuantan. Beliau ditugaskan disana selama 2 tahun sehingga pencen. So dengan hepi SP bolehla membawanya berkunjung ke Terengganu melihat sendiri apa itu ayam serama. Beliau rajin juga turun ke Marang kerana bertandang ke rumah Che Mat Marang. Ini kerana dulunya beliau peminat ayam sabung dan sekarang terarah kepada hobi ikan laga. Kalau nak ke Kuantan bolehla singgah di beberapa tempat area Terengganu. Slalunya kalau nak berjalan di terengganu jangan harap la dapat balik hari.kalau balik hari SP tak sanggup, buat sakit badan je. Kerana kalau SP turun terengganu ramai kawan2 yang SP kena jumpa. Dari Besut,Setiu,Kuala Terengganu, Marang mahupun Dungun kalau terlepas kawasan tersebut rasa rugi kerana bila jumpa kawan2 mesti ada ilmu yang tertinggal. Di kelantan pula sekarang ni ada penternak yang proses makanan sendiri utk penternakan dan juga untuk ayam diet yang nak masuk
pertandingan. rasanya pengetahuan tentang penternakan perlu dititikberatkan. Maklumlah skang kawasan pun dah terhad takkan la nak beli lagi. ditambah pula hujan yang berlanjutan menjadikan ayam pun malas nak berlatih atas meja. lagipun skang kan SP dah cuci tangan(ewah). Selain boleh melihat ayam pelbagai benda boleh kita lawati di ganu. antaranya ialah Masjid Kristal,keropok lekor ataupun pantai2 di sepanjang jalan.


Tidak terlambat rasanya SP memberitahu bahawa baka mas sepuluh skarang ni sedang dimasukkan dengan baka syawal. Satu Transformasi yang baik dibuat kerana para breeder sebenarnya mempunyai buku rekod dan bukanlah dibuat dengan nasib semata-mata.
*SP ni bukanlah pandai pasai ayam

No comments:

Post a Comment