Monday, June 3, 2013

BILALAH BOLEH DAPAT DUDUK RUMAH BAWAH SEMULA


Salam
dah seminggu SP pindah rumah ke rumah lama
bertingkat-tingkat, lantai rumah orang, atas siling pun rumah orang...
tak apalah janji ada juga rumah untuk berteduh dan beristirehat, cuma hobi berserama ni tak boleh la nak dibela kerana akan mengganggu ketenteraman jiran...
Harap2 lepas ni boleh la main serama semula....

Gambar di atas adalah dari anak kelabu SP dan campur TR....
yang kanan tu dah mula belajar bertelur
yang kiri tu nampak mcm ala-ala induk yang SP pernah ceritakan dulu-dulu....

tak apalah dengarnya partner SP nak simpan untuk letak dengan anak The Rock supaya warna kuningnya menyerlah
harap2 lepas ni partner SP tak simpan dan boleh jual hasilnya....
bagilah peluang kepada kawan-kawan lain rasa ayam-ayam yang kita hasilnya menjadi...

Tuesday, May 28, 2013

Monday, February 18, 2013

SEPERTI YANG DIKHABARKAN

Haritu SP ada janji nak letak gambar anak the rock...ha inilah anaknya yang dikacukkan dengan induk yang comel juga..
gaya yang mengancam dan aksesori yang menawan....

*Berminat??????

Tuesday, February 12, 2013

LEBIHAN SERAMA


Salam
gambar kat atas tu adalah antara sakit baki yang SP ada
ayam ni SP letak di Taman Bunga Raya, Sungai Petani
masa raya tahun 2011 SP bagi kat adik beradik belah isteri SP
time tu anak lagi
lani dah jadi bapak
ayam ni berkawan dengan ayam2 kampung saja


Sunday, February 3, 2013

BOLEH TAHAN


Salam
lama tak bersua rupanya
entry pertama untuk tahun 2013 membawakan kita kepada ibu muda yang comel ini......
Kebanyakan ayam2 SP dihantar kepada kawan2 untuk dicuba dengan ayam mereka
inilah hasilnya apabila dikeluarkan
hasil campuran ini menghasilkan gaya yang menarik tak ubah seperti neneknya....

*nantikan pula gambar anak kepada The Rock yang selalu masuk BOTB tuuuuu....

Monday, November 19, 2012

BERIANI,BERYANI ATAU BIRYANI????

Salam kalini SP nak bual pasal beriani
SP tak tahu kenapa nama dieja berlainan tetapi apa yang pasti kalau kita makan nasi beriani ni pasti sedaplah
Pada bulan Sept 2012 SP telah ke Johor untuk mempelajari tentang masakan beriani.
Dari pukul 10.30am hinggalah pukul 8.30pm barulah SP sampai di Johor.
SP dengan bersemangat mempelajari cara-cara memasak beriani dengan skala yang besar(sangat sesuai untuk catering, majlis kenduri dan membuka kedai)

Bercakap mengenai buka kedai SP teringin juga nak buka kedai beriani di dalam Pulau Pinang ni. Memandangkan SP tengok di kawasan Sungai Petani, Kedah sangatlah ramai orang berkunjung untuk menikmati makanan tradisi dari Johor ni.Penduduk di sana menerima dengan baik masakan beriani.

Jika SP nak buka sebuah perniagaan mungkin kena cari "funder" atau mungkin perlu bekerja dulu dengan tauke lain untuk mencari pengalaman. Setidak-tidaknya tidaklah sia-sia saja usaha SP pergi merantau mencari ilmu dan tidak dimanfaatkan.

Tidaklah pula SP tinggalkan pekerjaan sekarang kerana perniagaan nasi beriani ini mungkin SP boleh masak selepas waktu kerja. Ini kerana pada perancangan SP, SP nak fokus pada masakan dan dihantar ke kedai manakala selok belok kedai akan diserahkan kepada tauke/funder untuk merancang perjalanan dan operasi perniagaannya.

Di bawah ada SP uploadkan serba sedikit gambar yang dicedok di google bagi menggambarkan keenakan nasi beriani.
Ini gambar SP masak dengan skala yang kecil

satu pinggan nasi yang berlaukkan kambing, daging lembu dan ayam

Ini pula nasi beriani gam

Ni gambar yang SP snap selepas makan di Sungai Petani

Ini nasi beriani gam

Ini kedai orang(hehehehe)

Kedai yang cantik 

Nasi beriani tak sama rasa dengan nasi-nasi yang lain(jangan minta garam lebih ye nanti jadi nasi kenduri)

SP suka bahagian ni(kambing)

gambar amik di google aje

lagi gambar di google



*kalau tak tercapai impian SP nak buka kedai nasi beriani di kawasan Pulau Pinang, terpaksalah SP tunggu masa pencen pula......

Sunday, November 11, 2012

CANTIKNYA SERAMA DI PULAU PINANG

Mcmana gambar di atas tu...segak tak???Inilah ayam yang berada dirumah saudara Mi Kebab, SP ambil gambar minggu lepas. Sangat bergaya di meja hingga memukau hati SP. Cutting yang menarik dan mempunyai kaki yang panjang. Mungkin boleh jadi calon untuk ayam terbaik untuk game akan datang. Kalau ada penganjur yang nak ayam yang ori tanpa ada sebarang jahitan mungkin ayam ini boleh diketengahkan.

Kehebatan ayam ini sangat2 mengagumkan kerana apabila riuh disekeliling maka lagi jahatlah perangainya. Lebih sedap jika ayam ini masuk mewakili kategorinya di dalam best of the best kerana selalu SP lihat semasa BOTB dijalankan, waktu itulah suasana akan riuh rendah.

Tahniah kepada tuannya kerana dikurniakan ayam secantik ini dan SP mendoakan agar akan ada lagi ayam-ayam begini direban yang sama bagi mewakili Pulau Pinang di pertandingan2 yang akan diadakan di masa akan datang.