Monday, October 31, 2011

SILALAH SAPU SEBELUM IA MENJADI SEPERTI RAJA KUMBAR!!!!!!!!!!










beginilah anak induk kandang SP sekarang, alhamdulillah dah mcm raja kumbar cuma warna je unik sikit....sesiapa berkenan boleh la calling2 ya...


*bukanla nak promote sangat tp dah ayam elok apa salahnya SP rekemen.....

Sunday, October 16, 2011

BESAR BETUL DADA KAU!!!!!!!

ayam yang kecil!!!!itulah kata2 rakan SP yang menghantar mms semalam. Ayam ini kini berada di dungun. Ayam yang baru memasuki kategori muda mempunyai aksesori yang cantik dan berdada besar. Bagi sesiapa yang berminat silalah cari ayam tersebut di dungun.

*trend ambil gambar sekarang pada waktu malam

Sunday, October 2, 2011

INDUK KANDANG PULA UNTUK DIJUAL









Induk kandang yang mengeluarkan anak2 yang comel seperti di bawah ini SP nak jual kerana ada beberapa ekor anaknya pula akan SP gunakan untuk mewarisi bloodline yang sedia ada.









*jika minat terus call SP

Monday, September 26, 2011

RM 150 SEEKOR UNTUK DIJUAL

semuanya menggunakan bapa yang sama. Harga yang munasabah untuk semua tidak kira anak jantan atau betina. Di atas adalah contoh yang SP telah jual. Jika berminat boleh telefon SP ok



Sunday, September 11, 2011

JUALAN TELAH DIBUKA

Seperti yang dijanjikan ini adalah salah seekor anak yang berada di reban SP. Jika siapa berminat bolehlah hubungi SP. Anak2 yang tetas kebanyakan betina juga kalini. Jadi sesiapa yang nakkan anak betina boleh juga hubungi SP.

Kelebihan yang SP nampak dari apa yang tetas sejak2 akhir2 ini adalah anak2 direban SP memiliki Balung yang halus serta sayap yang tirus. Kebanyakan yang SP lihat kebelakangan ini ramai peminat dah boleh hasilkan ayam2 yang bergaya tp masih tercari-cari bagaimana nak upgrade dibahagian balung serta sayap.

Dikesempatan ini SP memberi peluang untuk mencuba dengan ayam2 yang SP dah tetaskan ini supaya dapat bergabung dgn baka peminat2 di seluruh malaysia supaya bukan saja dapat mengeluarkan hasil yang bergaya malahan mempunyai aksesori yang mengembirakan.

Yang mana ada bertanyakan tentang anak induk tarik ekor kelabu boleh hubungi SP jika berminat. SP nak jual harga mampu milik. Jangan lepaskan peluang.

*anak ayam di atas baru nak belajar bergaya

Wednesday, September 7, 2011

2nd Batch(masih ada yang menarik.......)




beginilah anak2 di reban SP,rezeki yang diberikan tak pernah lekang..ini adalah diantara beberapa ekor yang masih tinggal.jika ada yang berminat bolehlah singgah membeli.stok adala sikit2 lagi tumpang dok ada bolehlah rembat mana yang ada.jika sebelum ini SP agak keberatan nak jual kerana 1st batch la katakan. slalunya orang nak tgk dulu jadi mcmana. kalau SP sempat upload pic2 anak yang lain bolehla tunjukkan untuk para peminat tp kalau dah dibeli orang SP tak dapat nak ambil gambar lagi.dari segi rupa bentuk ayam2 SP tak banyak beza dgn yang sebelumnya. Ini menunjukkan SP tak kutip dan jual semula kepada peminat serama. Yang mana dah datang dan membawa balik dari reban SP harap anda menjaga berpuas hati. terima kasih....




*skali tgk anak2 ayam SP nampak sama pula dadanya Raja Kumbar.......


Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dikesempatan ini SP nak mohon jutaan ampun dan maaf kepada rakan2 serama mahupun yang mengenali SP. Sememangnya kita hanyalah manusia yang tidak terlepas dari membuat kesilapan dimana tutur bahasa dan adab pergaulan yang SP gunakan menyinggung perasaan rakan2 haraplah dimaafkan dan di bulan yg mulia ini marilah kita rapatkan saf talisilaturahim bersama tidak kira tua ataupun muda.

Datanglah beraya kerumah SP jika berkesempatan. Rumah SP sentiasa terbuka untuk anda disamping tidak kiralah siang ataupun malam, yang jauh mahupun yang dekat dan yang lama ataupun yang baru.

* SP sedang tgk anak bulan bersama isteri tercinta