Sunday, July 5, 2009

PENCARIAN JAWATAN BARU



Kepada sesiapa yang mencari kerja sama ada nak bertukar tempat kerja, nak bagitau kat sedara mara atau baru habis blajar,boleh la ushar2 web http://www.usm.my/ dan klik pada e-recruit. kalau nak lebih mudah terus je ke http://eregistry.usm.my/hr/erecruit dan anda bolehlah mencari kerja yang sesuai.tapi perlu diingat harus mendaftar dulu pada passport baru. sekali keluar jawatan baru boleh minta.

kelmarin sp jalan2 ke tanah besar meninjau perkembangan di sana. nampaknya pulau pinang akan dimeriahkan kembali dengan ayam serama kerana rata2 mempunyai ayam2 hebat.

*lepas ni akan ada banyak tok uban akan muncul di reban SP

Wednesday, July 1, 2009

KASI GEGAR BAH!!!

seperti yg SP jangka,keturunan si labu tidaklah mengecewakan.lihatlah saja anak ini. tetapi jgnlah salah sangka kerana anak ini adalah anak saudara kepada si labu saja.semasa labu tetas,ada seekor betina menetas juga(sama ibu dan bapa).





Maybe anda boleh saksikan di game2 akan datang aksi anak saudara labu ni. SP pun berkenan jugak tapi cukuplah dengan ayam2 SP yang ada


*ramai pulak yang merisik Si Labu skarang ni

Sunday, June 28, 2009

BUNGA CENGKIH


Selepas Orang Kita(nickname dalam ruangan chat SERAMAPENANG) bertanya ada anak2 ayam yg SP buat jadi mcm yang SP letak dalam blog,tup2 terus terkeluar anak yang mcm kat bawah. Anak di bawah belum lagi tukar bulu kuning dan SP tidak asing lagi dengan ibu. cuma kadang kala saja SP letak asing untuk dipertontonkan kepada kawan2 yang datang. tak tahulah samaada nak jadi mcm bapaknya atau pun tak, janji SP tak perlu nak cari darah tok uban buat masa sekarang sebab dah jimat sekor untuk dijadikan baka. Tapi ini bukanlah hasil terbaik kerana masih dalam peringkat percubaan. ada beberapa peringkat lagi yang perlu SP lakukan.

Tak dapat dipastikan dengan betul apabila tuan yang menjual ayam ini (ayah wan/wan motel)sama ada Acappan(seperti gambar di atas skali)adalah adik beradik kepada johan muda tasik kenyir.Sebabnya semasa SP melawat dungun,beliau pernah menyebut begitu.tetapi kalau bukan pun tak mengapa sebab ciri2 yang SP nak ada pada acappan. dan yang lebih penting Acapan naik ibu dengan cantik walaupun bertubuh kecil.

*Adik beradik bunga cengkih yang lain tak sempat keluar sebab telur rosak akibat hujan lebat. Silap letak tempat telur mengeram semasa di rumah baru. Bila check balik ada anak ayam dalam telur tu.



Thursday, June 25, 2009

FILM TERUNGGUL TAHUN INI


Filem yang SP tunggu2 telah keluar.nak tgk awal2 ramai pulak so tunggu rabu depan sebab tiket murah. Sabtu ni pelajar2 baru yang akan mendaftar. So SP terpaksa tinggalkan pertandingan yang rancak berlangsung akhir2 ini kerana tugas hakiki perlu dijaga. Ayam serama adalah hobi saja so takperlu la SP nak buat all out sangat.

Sekarang dah menjadi tradisi kerana penganjur yang selama ini adalah pemain amat prihatin terhadap hadiah2. Kebanyak yang SP dah nampak penganjur akan mula memberikan hadiah yang para pemain nantikan iaitu barangan yang bernilai serta ringan seperti duit. Semasa SP jalan2 di kedah dulu ada seorang kawan tunjukkan hadiah yang dimenangi adalah hadiah yang dan beliau katakan kepada SP kalau nak

buat tanding dia dah boleh keluarkan barang2 yang dia dah menang.


SP pun nasib baik juga dpt hadiah yang begitu so sesama musim kawin SP dpt la hadiahkan mereka barang2 seperti alatan elektrik. yang menariknya juga SP penah memenangi 2handphone NOKIA. Apalagi SP pun jual je kat kawan dan saudara. So taklah tersimpan kat rumah je. takut tak guna dan rosak begitu saja.






Wednesday, June 24, 2009

'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh




Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.
Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.
Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan.

Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab denganmudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.



Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !



Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannyaKetiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernahjatuh dalam longkang.... ......... !!Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.

Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihatTengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... .................

Sunday, June 21, 2009

TERBARU DARI LADANG (SI MANDI)

Ayam ni tidaklah terlalu tua kerana masa Si Labu di dalam kategori muda, ayam ni juga masuk kategori yang sama. Semasa awalnya ayam ini bergegar dan apabila masuk kategori gegarnya sudah hilang. Baka baik dari Ganu ini SP dapat apabila berjalan2 melawat reban kawan2. Biasala bila dah kawan2 mestila bagi harga kawan2. Ayam ni SP cadang buat bapak je memandangkan tuan lamanya juga dah campur dgn ibu. Tapi SP fikir kena letak di rumah kawan untuk proses breeding kerana kawan awal2 lagi dah minta untuk breeding. SP ok jer janji dipelihara dgn baik serta terjaga kebajikan ayam ni..ayam ni kecil dari Si Labu. Kalau ada anak SP akan siarkan kerana skarang ni SP dok tumpu kepada Bapak Acappan(tok uban) yg kat rumah SP



*letak nama Si Mandi sebab dari amik tak pernah SP bagi mandi